Skip to main content

Fletcher mahu MU kembali mengganas

MANCHESTER: Darren Fletcher percaya jurang perbezaan semakin mengecil antara semua pasukan serta pelbagai isu lain menyumbang kepada aksi hambar dipamer Manchester United.

United mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini tapi menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dan bakal melayan kunjungan Wigan di Old Trafford malam ini.


Anak buah Alex Ferguson itu enam kali seri dan menang satu sepanjang beraksi di tempat lawan tetapi menang lima dan satu seri di tempat sendiri.

Mereka pasti berharap catatan memberangsangkan di halaman sendiri itu dikekalkan dan Wigan tidak pernah menang ke atas United sepanjang 10 pertemuan sejak kelab itu beraksi di liga utama pada 2004.


Musim lalu, United menewaskan skuad dibimbing Roberto Martinez itu 5-0 tetapi Fletcher berasakan keadaan itu sudah berubah sama sekali.


Tottenham menamatkan saingan di kelompok empat pasukan teratas musim lalu dan Manchester City sekali lagi berbelanja besar dalam usaha mengikut jejak Spurs beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Fletcher sedar apa yang berlaku itu membuktikan saingan Liga Perdana Inggeris sudah semakin sengit berbanding sebelum ini.


“Tahap Liga Perdana meningkat dan semua pasukan bertambah baik,” kata pemain tengah Scotland itu.

“Seperti musim lalu, saya yakin lebih banyak pasukan tercicir mata berbanding musim sebelumnya.


“Sebelum ini, empat slot teratas umpama milik kami, Chelsea, Arsenal dan Liverpool tetapi kini, saingan itu turut disertai pasukan lain.


“Kami sedar saingan masih jauh dan tidak mahu memberi Chelsea keselesaan dengan mata yang banyak kerana pasti sukar untuk kami mengejar mereka.” - AFP


farid paduka ali :Harap-harap MU menang game minggu ini....Glory!!!Glory!!!Glory!!!!

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...