Skip to main content

Hoki: Malaysia mara ke separuh akhir

SKUAD hoki negara berjaya 'merobohkan' tembok besar China selepas menang 4-2 pada aksi terakhir Kumpulan A, sekali gus mara ke separuh akhir acara hoki lelaki Sukan Asia 2010 di Stadium Hoki Aoti, Guangdong semalam.

Pada aksi terakhir yang dianggap penentu kepada siapa yang bakal menjadi naib juara Kumpulan A itu, skuad kendalian Ste- phen van Huizen turun dengan misi untuk memburu satu mata bagi menjamin tempat ke separuh akhir.

Dengan mempamerkan semangat juang yang tinggi, skuad negara bukan saja berjaya mereali- sasikan misi tersebut, malah turut berjaya memenangi tiga mata berharga ke atas tuan rumah yang menerima sokongan padu di hada- pan peminat mereka sendiri.

Hasil kejayaan muncul naib juara, Malaysia dijadualkan berdepan juara Kumpulan B, India pada separuh akhir petang esok.

"Kita tidak kisah dengan siapa lawan kita tetapi kita tetap menghormati India kerana mereka ber- aksi di Piala Dunia dan meme- na- ngi pingat perak pada Sukan Komanwel baru-baru ini," kata van Huizen semalam.

"Mereka adalah pasukan yang bagus dan kita akan turun sebagai underdog pada aksi separuh akhir.

"Kini misi untuk layak ke sepa- ruh akhir telah berjaya ditunaikan dan kita hanya perlu memberi tumpuan terhadap perlawanan seterusnya," ujarnya.

Kali terakhir Malaysia layak ke separuh akhir adalah pada temasya 2002 di Busan, Korea Selatan ketika skuad pimpinan Mirnawan Nawawi itu memenangi gangsa.

Kini, skuad hoki negara berjaya menebus kegagalan di Doha empat tahun lalu apabila hanya mampu menduduki tempat keenam.

"Peluang masih ada untuk menang tetapi kita harus perbaiki lagi kelemahan yang ada.

"Di bahagian serangan kita agak baik, cuma bahagian pertahanan yang perlu diperkemaskan lagi.

"Saya akan cuba pastikan semua ini diatasi sebelum menentang India nanti," katanya.

Pada aksi semalam, skuad negara mendahului 1-0 hasil jaringan pakar sudut penalti, Muhd. Amin Rahim pada minit ketiga.

Bagaimanapun, China menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan sudut penalti, Liu Yixian pada minit ke-13.

Begitupun, Malaysia kembali mendahului 2-1 menerusi Faizal Saari pada minit ke-18 dan keputu- san tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

China bagaimanapun bangkit garang pada babak kedua dengan menyamakan kedudukan 2-2 hasil jaringan Na Yubo pada minit ke- 36.

Namun, Hafifihafiz Hanafi meletakkan Malaysia 3-2 hasil set-piece menarik daripada pukulan sudut penalti yang ditolak kemas Amin Rahim pada minit ke-41.

China akhirnya terpaksa menyerah kalah apabila Azlan Misron meletakkan Malaysia selesa di depan 4-2 hasil serangan balas pada minit ke-66.

"Saya berpuas hati dengan komitmen pemain kita. Ini adalah aksi terbaik selepas berdepan Korea Selatan.

"Memang pada awalnya pemain agak gementar kerana bimbang tersingkir daripada saingan, namun mereka berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi.

"Ia amat membanggakan saya dan sudah pasti seluruh rakyat Malaysia pun berbangga," kata van Huizen.-Kosmo!


farid paduka ali-ingin melihat skuad hoki kembali ke persada Asia.....

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...