Skip to main content

Hujan Rahmat Di Bandaraya Kuching

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hari ini masuk hari kedua saya berada di Kuching.Syukur alhamdulillah kami tiba di Kuching lebih kurang jam 5.45 petang semalam walaupun mengarungi penerbangan yang sedikit mencuakkan apabila diiringi ribut petir dan hujan lebat sepanjang perjalanan.

Syukur juga perjalanan ini selamat walau pada peringkat awalnya pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi bermula dikaunter pendaftaran lapangan terbang lagi.Walaupun sedikit sukar,alhamdulillah ianya dipermudahkan dengan izin Allah.

Setibanya di Kuching kami dibawa makan malam di Pasar Satok.Suasana yang agak berbeza kepada pemain-pemain pasukan saya.

Masuk hari kedua,seawal jam 8 pagi pasukan kami berangkat ke venue pertandingan untuk menyaksikan perlawanan salah satu pasukan yang bakal kami tempuhi disebelah petang iaitu Politeknik Kota Bharu.Keputusan perlawanan memihak kepada Politeknik Kota Bharu 12-2 menentang Kolej Komuniti Mas Gading.

Selepas itu kami menikmati makanan tengahari di pekan Samarahan sebelum pulang ke penginapan di Unimas.

Jam 4 petang kami bergerak ke venue ditemani hujan lebat yang tiba -tiba turun sebaik sahaja kami memasuki van yang disediakan.Perjalanan yg hampir 45 minit itu tiba-tiba menjadi sukar kerana keadaan hujan lebat dan jalan yang agak licin.Sambil itu kami sukar mencari kedai yang menjual ais disekitar venue kejohanan.Alhamdulillah,pencarian ke kedai keenam membuahkan hasil.

Perlawanan dimulakan pada jam 6:25 petang menentang Politeknik Kota Bharu.Pada separuh masa kami mendahului dengan jaringan 2-0 sebelum disamakan oleh lawan 2-2 pada separuh masa kedua.Saya betul-betul bersyukur apabila pasukan UMP berjaya mendapat gol kemenangan 5 saat sebelum wisel penamat dibunyikan dan ianya membuka laluan cerah untuk kami layak ke suku akhir.Sebelum itu kami perlu sekurang-kurangnya seri dengan Kolej Komuniti Mas Gading pada ja 10:15 pagi esok.

Moga pasukan ini dapat pergi jauh dan mampu melayakkan diri ke Grand Final di UIAM Gombak nanti,insya Allah.Sesungguhnya saya yakin dengan kemampuan ini.

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...