Skip to main content

Kejutan daripada bola tampar pantai

PASANGAN atlet bola tampar pantai negara, Beh Shun Thing dan Luk Teck Hua berazam untuk menghadiahkan pingat kepada negara selepas mencipta kejutan dengan melangkah ke separuh akhir kate- gori wanita yang berlangsung di gelanggang bola tampar Bandar Sukan Asia petang semalam.

Shun Thing dan Teck Hua mempamerkan persembahan bertenaga apabila mudah mengalahkan pasangan Jepun, Takemi Nishiburi/Urata Satoko 2-0 (21-15, 29-27).

Kedua-dua pemain negara itu akan berdepan pasangan tuan rumah, China, Huang Ying dan Yin Yuen pada sepa- ruh akhir petang ini dengan hajat untuk mara ke final temasya Sukan Asia buat kali pertama, sekali gus menghadiahkan kilauan pingat buat kali pertama kepada Malaysia dalam acara ini.

“Sudah pasti kami gembira kerana berjaya mara ke sepa- ruh akhir. Siapa sangka kami akan mara sejauh ini pada temasya Sukan Asia di China,” kata Shun Thing semalam.

“Memang bukan mudah untuk mara ke separuh akhir, apatah lagi melangkah ke final. Tetapi kami akan cuba untuk melakukannya esok (hari ini) dan jika kami mengulangi aksi sepeti hari ini (semalam), mungkin tidak musthail hajat ini dapat direalisasikan.

“Namun, kami juga perlu memperbaiki lagi prestasi. Bukan mudah menentang China di tempat sendiri tetapi kami telah buktikan yang kami mampu menang ke atas mereka (China) di peringkat kumpulan, jadi ia bergantung pada hari perlawanan itu nanti,” katanya lagi mengenai kejayaan menumbangkan pilihan kedua dari China, Huang Ying-Yue Yuean 15-21, 21-17, 15-12 dalam saingan Kumpulan B.

Sementara itu, Teck Hua pula mengakui mereka mendapat tentangan sengit daripada pasangan Jepun, terutama pada set kedua.

“Kami beraksi cemerlang pada set pertama tetapi mula hilang fokus pada set kedua.

“Mujurlah kami berjaya mententeramkan diri dan memberi fokus pada mata penentuan tersebut.”

“Jika kami mahu layak ke final dan mencatat sejarah memenangi pingat pada Sukan Asia, kami perlu memperbaiki lagi kelemahan dari segi mental,” kata Teck Hua.

Ini adalah penampilan kedua Malaysia dalam acara bola tampar pantai sejak ia diperkenalkan pada temasya ini pada 1998, malah dalam kedua- dua penyertaan itu, skuad negara berjaya layak ke suku akhir.

Pada temasya di Doha, Qatar empat tahun lalu, Shun Thing, 25, berpasangan dengan kakak Teck Hua, Luk Teck Eng dan mereka sekadar menduduki tempat ketujuh keseluruhan.-Kosmo!


farid paduka ali:tahniah...walaupun tidak diletakkan harapan tinggi tapi bermatian berjuang demi nama negara...

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...