Skip to main content

Kekuatan Mental Teruji di Kuching.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Ketika ini saya baru menjejakkan kaki ke penginapan selepas selesai makan tengahari bersama pasukan futsal UMP.Tahniah kerana memenangi perlawanan menentang Kolej Komuniti Mas Gading dengan jaringan 4-1 sekaligus muncul juara kumpulan C dan layak menentang Universiti Tun Razak,Sarawak pada peringkat suku akhir jam 6.00 petang ini di Kuching Sport Planet.

Bercakap mengenai perlawanan pagi tadi sekalung tahniah saya ucapkan kepada jurulatih kerana berjaya membentuk mental yang kuat dikalangan pemain menghadapi provokasi pihak lawan yang turut terdesak ingin memenangi perlawanan.

Sesungguhnya rentak keras permainan sememangnya sudah dijangka kerana lawan juga berpeluang ke suku akhir seandainya menang perlawanan tadi.Sebaik wisel permulaan ditiup sudah ada bibit-bibit provokasi dikalangan pemain.Namun tindakan pantas jurulatih kami,menyedarkan pemain supaya abaikan sahaja provokasi tersebut dan terus fokus kepada perlawanan berhasil apabila mendahului 2-0 diseparuh masa pertama.

Namun kegugupan memakan diri seawal minit pertama separuh masa pertama apabila melepaskan 2 gol mudah sebelum bangkit menjaringkan gol dan memenangi perlawanan tersebut.Sudah menjadi lumrah dalam sukan apabila berkunjung ke tempat lawan,memang tidak dapat lari dari provokasi melampau dari pihak lawan.Apa yang pemain perlu ada ialah kekuatan mental yang tinggi dan mengabaikan apa sahaja tindakan lawan terhadap kita.

Bagi menghadapi perlawanan suku akhir petang ini,apa yang saya mampu harapkan ialah pemain meneruskan momentum untuk menang disamping mengekalkan kekuatan mental seperti perlawanan pagi tadi.Abaikan provokasi sebaliknya terus bermain rentak kita.

Andai ianya mampu dilakukan,saya percaya pasukan ini mampu melakar kejayaan pada kejohanan kali ini,insya Allah.Semoga beroleh kejayaan pada petang ini.Saya ucapkan selamat berjuang kepada pemain-pemain untuk perlawanan petang ini.

Nantikan update seterusnya lewat malam ini,kerana terpaksa mencari kawasan liputan wifi disebabkan kerosakkan teknikal pada modem broadband saya .Moga bertemu dilain masa.Sambutlah salam penuh kasih sayang buat semua dari kamek di Kuching.Sik ada masalah jumpa lagi.

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...