Skip to main content

Pemain ragbi Malaysia diuji positif kanabis

20/11/2010 4:55pm

NEW DELHI 20 Nov. - Seorang pemain ragbi Malaysia yang menyertai Sukan Komanwel New Delhi di India yang baru saja selesai, diuji positif dadah terlarang, kata seorang pegawai kanan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).

Pemain itu, anggota pasukan ragbi tujuh pemain Malaysia, diuji positif kanabis - dadah yang dilarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

"Kanabis ditemui dalam contoh air kencingnya dan beliau tersingkir dari Sukan Komanwel.

"Kami telah merujuk perkara itu kepada Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). Beliau tidak menyertai Sukan Asia (sekarang)," kata Tan Sri Dr Mani Jegathesan, penasihat kehormat perubatan kepada CGF kepada media tempatan di New Delhi dalam interbiu menerusi telefon hari ini.

Menurut laporan media sebelum ini, pemain itu menerima hasil siasatan berkenaan malah tidak mahu seterusnya menjalani ujian sampel "B". - Bernama

farid paduka ali:Gejala penyalahgunaan dadah dalam sukan perlu dibanteras sepenuhnya demi menjaga nama baik negara....

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...