Skip to main content

Rompin Di Landa Ribut Petir

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Jam 3 petang ketika aku berehat sambil mengemas keperluan untuk pulang ke Kuantan,kedengaran ribut berdentam dentum diselangi dengan petir.Sudah 2 hari cuaca cerah menyinari Rompin dan masuk hari ketiga yang merupakan hari terakhir aku di kampung halaman ku ini tiba-tiba cuaca berubah dari cerah ke ribut.

Langit kelihatan gelap seolah -olah menunggu masa untuk mencurahkan hujan lebat ke bumi keramat Rompin ini.Apakah akan turun hujan sebentar lagi?aku sendiri sukar menjawab kuasa Allah itu.Semuanya rahmat ilahi.Seandainya hujan lebat,maka aku terpaksa menempuhi perjalanan pulang ke Kuantan dalam keadaan hujan lebat dan ribut petir.

Apa lagi yang mampu aku lakukan melainkan berdoa semoga perjalanan pulang ke kuantan yang dijadualkan pada jam 5 petang ini selamat dan diberkati Allah....Semoga aku dapat pulang lagi bercuti disini untuk tempoh yang agak lama.2 hari bagiku disini adalah terlalu pendek dan singkat.

Kepada keluarga,saudara mara dan rakan-rakan,moga bertemu lagi di masa akan datang.Salam perpisahan dari aku dan isteri.....sekian...

"aku masih anak Rompin"..

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...