Skip to main content

Salam Aidiladha

Assalamualaikum,

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat semua.

Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut perayaan Aidiladha atau lebih dikenali dengan 'raya haji'.

Pagi tadi masuk office pun mood keje pun dah xde,maklumlah rasa nk balik kampung tu meluap-luap.Petang ni insya Allah saya akan bergerak balik ke kampung halaman,Kuala Rompin.Terus terang saya memang dah lama x balik ke Rompin.Last balik pun raya ketiga Aidilfitri yang lalu.

Frust gak sebab tak dapat cuti lama.Jumaat dah start keje balik.Next week dah outstation ke Sarawak,jadi masih ada persediaan yang perlu dibuat.

Perasaan dalam hati ni bercampur baur jugak sebenarnya menjelang cuti raya ni...nape erk?entahlah...saya sendiri tak berapa pasti.Seronok sebab bakal bertemu family dan rakan-rakan dikampung.Banyak cerita nk dikongsi bersama mereka...seperti rutin biasa lah...saya ni jenis suka bercerita....

Cuma kesibukan membuatkan aku begitu terbatas waktunya untuk pulang ke kampung.Syukurlah rakan-rakan kelab dan sekerja kadang-kadang membuatkan aku rasa dekat dengan family.

Oklah,rasa ngantuk pulak....sebelum meneruskan perjalanan ke kampung,rasanya lebih elok saya melelapkan mata sebentar agar hilang rasa mengantuk ini.Semoga perjalanan saya dan isteri di pelihara Allah S.W.T...Kepada keluarga tercinta,nantikan kemunculan anakanda pada petang ini.Kepada rakan-rakan,jemputlah beraya dirumah....dan kepada rakan-rakan SIC di Rompin,ada masa kita TT,ada info dan perkara yang saya ingin sampaikan.

Akhir kata,saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon keampunan kepada semua andai ada salah dan silap sepanjang berkenalan.Selamat Hari Raya AidiladhaMaaf Zahir Batin...

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...