Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Pada ketika ini saya masih berada di Dungun dan akan bergerak pulang ke Kuantan pada sebelah petang.Masih berkira-kira jam berapa yang patut saya memulakan perjalanan kerana pada ketika ini terik mentari masih terasa bahangnya.
Gembira apabila melihat kelancaran program TT Main Air Sic Pahang yang sedang rancak dilakukan.Terima kasih kepada saudara Amar dan saudari Nana yang bertungkus lumus menjayakan program ini.Mohon maaf kerana hanya mampu memerhatikan dari alam siber sahaja segala gerak kerja dilakukan.Kredit untuk Amar kerana telah menyediakan satu info lengkap mengenai program dan langkah keselamatan apabila berada di taman tema tersebut.Semoga semua yang menyertai program ini dapat mematuhi segala langkah keselamatan yang disediakan.
Kepada rakan-rakan SIC Pahang dari luar Kuantan yang bakal menyertai aktiviti ini,sekalung penghargaan diucapkan.Saya pasti segala perancangan perjalanan dan konvoi telah pun dibincangkan di peringkat kawasan masing-masing.Apa yang saya harapkan,rancanglah perjalanan sebaik mungkin agar perjalanan kalian nanti lebih selamat dan efisyen.
Harapan kami di pihak Jawatankuasa Kerja SIC Pahang ialah semoga aktiviti riada ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita yang mana telah kita akui sejak sekian lama ianya adalah seperti ikatan sebuah keluarga yang besar.Jadi kesempatan untuk hadir ini,kita jadikan ianya sebagai pemangkin untuk kita terus akrab bukan sahaja sebagai rakan kelab tetapi menjadi seakrab mungkin seperti 1 keluarga yang akan saling doa mendoakan disamping bantu membantu.
Semangat setia kawan yang telah lama kita terapkan dalam setiap aktiviti telah sebati dalam diri kita.Begitu juga semangat kekeluargaan kita selama ini.Jadi harapan saya dan juga semua Jawatankuasa Kerja SIC Pahang untuk program ini ialah semangat setia kawan dan kekeluargaan ini akan terus berputik dan akan menjadi budaya kita sampai bila-bila.Tujuan berkelab bukan sekadar berkongsi minat malah tidak slah untuk kita berkongsi matlamat,citarasa dan juga masalah.Berkelab bukan sahaja untuk berseronok,tapi sedar tak sedar kita sendiri perlu akui bahawa kita perlu berkongsi segala permasalahan dan duka sesama kita.Itulah yang sebenarnya semangat setia kawan dan kekeluargaan dalam perhubungan.Dan itulah yang cuba kami terapkan dalam SIC Pahang.
Semoga ikatan persahabatan dan kekeluargaan yang terjalin selama ini akan berterusan sampai bila-bila.Bersahabat bukan didunia..moga hingga ke syurga..insya Allah.
Akhir kata,semoga segala program dilancarkan akan dirahmati Allah SWT...amen..

Comments