Skip to main content

Sukan Asia XVI: Chong Wei sekadar pingat perak.

Guangzhou:Harapan Datuk Lee Chong Wei menggenggam pingat emas pertamanya di Sukan Asia sekali lagi digagalkan dengan kehebatan pemain dari China,Lin Dan.

Pertarungan yang berlangsung 3 set itu menyaksikan Chong Wei tewas 13-21 kepada Lin Dan di set pertama sebelum bangkit di set kedua dengan kemenangan 21-15.

Set penentuan yang diharapkan menjadi milik Chong Wei ternyata gagal direalisasi oleh pemain nombor satu dunia itu apabila melakukan banyak kesilapan mudah sehingga ketinggalan 1-11 pada pertengahan set ketiga.

Usaha keras Chong Wei untuk mengejar ternyata sukar dan terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan 10-21 di set ketiga.-FPAnews

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...