Skip to main content

Tips Berhenti Merokok

farid paduka ali:Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.....Hari ini saya ingin berkongsi satu tips yang amat berguna kepada perokok-perokok yang ingin meninggalkan tabiat merokok mereka.Saya juga seorang perokok dan masih belum mampu menghentikan tabiat buruk saya ini.Jadi tidak salah saya rasa kita berkongsi maklumat ini...untuk melakukannya terpulanglah kepada individu terbabit.Saya??insya Allah saya akan cuba.


TIP BERHENTI MEROKOK

Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:

  • Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  • Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

  • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
  • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.
  • Mendapat asma.
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
  • Meningkatkan deria bau dan rasa.
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM10.00 sehari, pelaburan =RM 300.00 sebulan = RM 3600.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM36,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'.
Bagaimana hendak berhenti merokok?

Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti.
  • Yakin dir.i
  • Buatkan nota peringatan.
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
  • Sentiasa berfikiran positif.
  • Dapatkan sokongan.
  • Gunakan terapi penganti nikotin.
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok.


Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan

  • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.

2. Menarik nafas panjang

  • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

3. Minum air

  • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.

4. Menyibukkan diri

  • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

5. Menjauhkan diri

  • Jauhkan diri daripada orang yang merokok.

6. Mengelakkan diri

  • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.

7. Mengunyah sesuatu

  • Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.

8. Membasuh tangan selalu

9. Mandi dengan kerap

10. Meregangkan otot

  • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

11. Meditasi

12. Memohon doa

  • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhento merokok.


Adakah saya kuat merokok? Adakah saya mengalami ketagihan rokok?

Anda boleh menentukan kebergantungan anda kepada tembakau dengan menjawab soalan-soalan di bawah.

Status kebergantungan.

Ujian Modifikasi Fagerstrom untuk kebergantungan nikotin

1. Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?

  • Dalam masa 5 minit (3 mata)
  • 5 hingga 30 minit (2 mata)
  • 31 hingga 60 minit (1 mata)
  • Selepas 60 minit (0 mata))

2. Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?

  • Ya ( 1 mata)
  • Tidak ( 0 mata)

3. Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda hargai?

  • Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
  • Sebarang masa ( 0 mata )

4. Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?

  • 10 atau kurang ( 0 mata )
  • 11 hingga 20 ( 1 mata )
  • 21 hingga 30 ( 2 mata
  • 31 atau lebih ( 3 mata)

5. Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?

  • Ya ( 1 mata )
  • Tidak ( 0 mata

6. 6. Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?

  • Ya ( 1 mata )
  • Tidak ( 0 mata )

Pemarkahan:

  • 7 hingga 10 mata = sangat bergantung
  • 4 hingga 6 mata = sederhana
  • Kurang dari 4 mata= minima

Modified Fagerstrom test for evaluating intensity of physical dependence on nicotine. Adapted permission from Heatherton TF, Kozlowski LT, Frecker RC, Fagerstrom KO. The Fagerstrom test for nicotine dependence: a revision of the Fagerstrom Tolerance Questionnaire. Br J Addict 1991;86:1119-27.

Info dari : http:///www.myhealth.gov.my

quitsmoke1

smoker

LAST_UPDATED2

Comments

di mana ada kemahuan di situ ada 'highway'...yg penting adalah niat..klau dh nawaitu nk berhenti kna tekad utk berhenti..mmg ssh tapi kna cuba...bg perokok2 tegar x boleh terus berhenti tetapi kna kurangkan sedikit demi sedikit kuantiti rokok sbbnya nikotin yg terdapat dlm badan tu dh sebati so bila terus berhenti akan ada effect terhadap diri perokok itu spt lemah badan,sakit dada dan ketagihan yg melampau..apa yg saya katakan ni adalah pengalaman hubby saya yg sorang perokok tegar..ALHAMDULILLAH skang ni sya mmg x nmpk dia merokok..klau anda yakin pada diri sendiri maka anda boleh lakukan...

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...