Skip to main content

Tips Penjagaan Kereta

1. Setiap pagi sebelum masuk ke dalam kereta, cuba keliling kereta. Perhatikan tayar cukup ke tidak angin. Tiada benda-benda yangmelekat pada tayar atau mana-mana bahagian kereta.

2. Sebelum hidupkan enjin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum enjin hidup, pastikan lampu”engine check” padam sebelum hidupkan enjin.

3. Hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin meluhu pada kadar RPM yang normal.

4. Bila enjin dah hidup, jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas, kemudian jalan ke depan sikit dan tekan lagi brek, jika kereta berhenti, baru boleh teruskan jalan.

5. Seminggu sekali kalau boleh, periksa semua lampu brek termasuk lampu ketiga. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup dan periksa air bateri. Pastikan ia berada pada paras antara maksimum dan minimum (kalau pakai bateri kering tak yah la).

6. Buka penutup minyak brek (botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin) pastikan minyaknya mencukupi.

7. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak perlu berada di paras antara maksimum dan minimum. Kalau bawah daripada minimum masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras tersebut.

8. Dua minggu / sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada dicatatkan di bahagian tiang B (tiang antara pintu depan dengan pintu belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan.

9. Setiap tiga bulan (kalau setiap hari guna kereta) pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.

10. Setiap 5000km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika guna minyak biasa), tukar penapis minyak setiap dua kali tukar minyak enjin dan tukat plag setiap tiga kali tukar minyak enjin (jika enjin kaburator).

Akhir sekali, setiap minggu, 2 atau 3 minggu sekali basuh dan vakum kereta anda

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...