Skip to main content

3 Gol di Bukit Jalil......

Malam ini saya sudah membuat persiapan awal untuk menghabiskan masa di depan telivisyen untuk menonton Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia.

Sebaik sepak mula,perasaan kagum mula menyelebungi perasaan saya apabila melihat skuad negara melancarkan serangan bertali arus ke kubu Indonesia,berbeza dengan perlawanan pertama peringkat kumpulan A dimana pasukan negara tewas 1-5 ditangan pasukan Indonesia ketika itu.

Nyata persembahan pasukan kebangsaan pada perlawanan kali ini menampakkan banyak peningkatan berbanding perlawanan pertama terdahulu.Pujian harus diberikan pada pemain yang beraksi pada malam ini.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0 sebelum babak kedua diteruskan dengan aksi meyakinkan skuad kebangsaan membelah benteng pertahanan Indonesia.Namun momentum pasukan kebangsaan sedikit terbantut apabila perlawanan diberhentikan apabila pemain-pemain Indonesia membantah bila mata penjaga gol Indonesia mendakwa terkena pancaran laser dimata.

Selepas 5 minit diberhentikan perlawanan diteruskan dan Malaysia mendapat gol pertama jaringan Safie Sali hasil hantaran cantik Shahrul Idlan Talaha.Beberapa minit kemudian Malaysia mendapat gol kedua melalui Ashari juga hasil hantaran Shahrul Idlan Talaha.

Safie Sali menjadi wira negara apabila menjaringkan gol ketiga melalui tandukan cantik beberapa minit selepas itu.

Kini,misi di bumi sendiri telah pun selesai,namun yang tinggal kini 90 minit di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta yang pasti menunggu dengan 1001 cabaran dan provokasi yang pasti menguji kekuatan mental pemain pada 29 Disember ini.

Harapan saya,semoga pemain-pemain meneruskan fokus dan semangat juang seperti yang dipertontonkan pada malam ini.Ayuh Harimau Malaya!!!Malaysia Boleh!!!

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...