Skip to main content

Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.

Assalamualaikum....

Tiada apa lagi yang mampu diluahkan apabila melihat lebih 40 buah kereta ahli SIC Pahang memasuki kawasan Gambang Water Park kira-kira jam 12 tengahari tadi.Wajah kecerian rakan-rakan ahli SIC Pahang cukup menggembirakan hati ini.

Walaupun agak lari kira-kira sejam dari masa yang dirancangkan tetapi kali ini rasa puas betul-betul tersemat dihati.Syukur,aktiviti yang pada mulanya dirancang oleh rakan-rakan lain seperti eddynana,nana,lang limo,amar dapat menjadi 1 aktiviti yang sebesar ini.

Terima kasih juga atas sokongan semua rakan-rakan SIC Pahang dan juga kepada Rul N9 Waghih yang turut sama hadir ke aktiviti ini.Kepada rakan-rakan dari Bentong sebanyak 15 buah kereta,dari Rompin sebanyak 12 buah kereta,Lipis,Temerloh dan Jengka sebanyak 7 buah dan Kuantan kira-kira 7 buah telah membuktikan bahawa SIC adalah antara kelab yang aktif mengadakan aktiviti di negeri ini.

Tahniah kepada saudara Amar kerana telah berjaya menjalankan tugas sebagai penyelaras aktiviti dibantu oleh Lang limo kerana berjaya memastikan semuanya berjalan lancar.

Dikesempatan ini saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat bersama bermain air atas urusan peribadi dan komitmen lain yang saya perlu hadiri.Namun kesempatan untuk bersama rakan-rakan pada sebelah pagi dan sebelah petang di 'meet point' terlalu bermakna untuk saya.

Moga kita akan berjumpa lagi pada aktiviti yang akan datang.Untuk perkembangan aktiviti mala tahun baru nanti saya akan update di FB dan forum kelab.

Salam kekeluargaan untuk semua....

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...