Skip to main content

Bola Shebbie: Ambil iktibar Jerman

KINI tinggal satu lagi musuh, dua perlawanan dan 180 minit minimum untuk mencapai takhta mutlak selaku juara Asia Tenggara. Kini tiba masanya juga pelbagai gangguan bakal melanda pemain.

Seluruh rakyat Malaysia ghairah dengan pencapaian pasukan bola sepak negara, sekali gus menyuntik harapan menggunung ketika mereka menghadapi Indonesia. Inilah pasukan yang membelasah kita 5-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan di Jakarta. Keputusan yang sebenarnya memberikan lebih tekanan ke atas pasukan Indonesia.


Dalam perlawanan itu, jurulatih K Rajagobal melakukan percaturan yang menyaksikan persembahan pasangan pemain tengah, Mohd Amri Yahyah dan Safiq Rahim kurang kental. Begitu juga dengan Razman Roslan yang mengisi posisi bek kanan sehingga dia terpaksa diketepikan sehingga kini.

Justeru, posisi itu menimbulkan persoalan siapa yang bakal mengisinya kerana di antara Mahali Jasuli serta Mohd Sabre Mat Abu, kedua-duanya saling bersilih ganti memenuhi bahagian itu. Siapa yang bakal diturunkan perlu dihalusi dengan teliti kerana salah satu kekuatan pasukan Indonesia terletak di bahagian sayap kiri yang mana Okto Maniani begitu pantas.


Pemain kerdil ini juga sebenarnya tidak konsisten tetapi harus diawasi kerana pemain sepertinya, sekiranya beraksi baik pada hari perlawanan boleh membenamkan mana-mana pasukan. Kelemahan pasukan Indonesia pula di bahagian tengah yang mana mereka tidak mempunyai pemain perancang. Seorang lagi pemain kerdil, Ahmad Bustomi yang juga pemain tengah bertahan serta ketua pasukan Indonesia, Firman Utina lebih selesa membuat hantaran jauh. Kedua-dua pemain ini kurang selesa bermain secara kombinasi bersama pemain menyerang dan ini sedikit-sebanyak mematahkan rentak pasukan Indonesia. Situasi ini memaksa Cristian Gonzales dan Irfan Bachdim terpaksa mencipta peluang secara individu.


Ketika perlawanan peringkat kumpulan itu, pemain pertahanan kita seakan -akan lebih berminat untuk ‘ ball watching’ daripada mengawal keadaan. Apabila kerap kehilangan bola, penyerang Indonesia mengambil kesempatan terhidang itu untuk bergerak bebas serta mencari ruang untuk menyerang. Kita harap pemain pertahanan Malaysia kali ini akan lebih rapat dengan penyerang Indonesia ketika mereka mempunyai bola.

Lantas, adakah kekalahan teruk 5-1 itu akan mengganggu psikologi pemain kita? Nasihat saya kepada pemain kita agar mereka menonton filem ‘Miracle of Berne’ yang mana pasukan Jerman tewas 8-3 di tangan Hungary dalam perlawanan kumpulan di Piala Dunia 1954, tetapi bangkit menjadi juara dunia.


Dalam perlawanan akhir Piala Dunia itu, Jerman mengalahkan Hungary dengan 3-2 dan ini adalah antara keputusan yang dianggap luar biasa sehingga ke hari ini.

Seterusnya, teori peribadi saya bahawa setiap pasukan akan beraksi dengan penampilan ‘terbaik’ dan ‘terburuk’ di dalam pertandingan sebegini. Pasukan kita sudah pun terlepas daripada aksi ‘terburuk’ apabila tewas di tangan Indonesia.


Tapi, pasukan Indonesia masih lagi belum menikmati aksi ‘terburuk’ mereka!

Comments

BRO_MONDAY said…
setuju dengan komen dan ulasan dari abam fared ni...

p/s : ai dok dalam stedium BJ masa final 1 malam tadi sangat berpuas ati dengan pesembahan yam diberikan...bangga!!!

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...