Skip to main content

Bunuh diri depan rumah kekasih

SENTUL: Tertekan apabila cintanya tidak dibalas, seorang lelaki berusia 59 tahun sanggup menggantung diri pada pagar besi rumah kekasihnya di Taman Setapak Permai, Setapak Jaya, di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 malam apabila warga emas terbabit kecewa selepas cintanya tidak berbalas walaupun sudah berkenalan lama dengan seorang pekerja syarikat insurans yang juga tuan rumah yang disewanya. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mayat mangsa ditemui oleh tuan rumah berkenaan selepas tergantung beberapa minit pada pagar besi dengan menggunakan tali pinggangnya sendiri.


“Wanita berusia 51 tahun itu yang kebetulan berada di rumah itu bagaimanapun tidak menyedari perbuatan mangsa yang mahu membunuh diri, namun selepas beberapa ketika tidak melihat kelibat mangsa, dia menjenguk bahagian hadapan rumah itu dan terkejut apabila melihat mangsa tergantung di pintu pagar. “Kami percaya akibat gagal menjalin hubungan cinta dengan wanita itu walaupun sudah lama berkenalan, mendorong mangsa membunuh diri,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Zakaria berkata, hasil bedah siasat mengesahkan sebab kematian adalah gantung diri dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

SUMBER:Harian Metro

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...