Skip to main content

Hamparan 'karpet merah' pasti menanti Harimau Malaya di bumi Jakarta..

Menjelang Perlawanan Akhir Kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta pasti detik penting kepada pengendali skuad kebangsaan K.Rajagopal untuk mempersiapkan mental pemain-pemain bagi menghadapi layanan dan provokasi tuan rumah pada 29 Disember nanti.

Sudah pasti layanan yang bakal diterima adalah tidak seperti yang diterima oleh pasukan Indonesia bilamana tiba di bumi Malaysia baru-baru ini.Pemain-pemain harus bersedia dan sedar kerana tiada layanan lima bintang yang akan diterima mereka seperti layanan yang kita berikan kepada pasukan Indonesia sebaik menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum,rakyat Malaysia terlalu berbudi bahasa apabila menyambut tetamu namun apabila berkunjung ke bumi Jakarta nanti,pemain harus bersedia 200 peratus malah 500 peratus dengan segala kemungkinan yang ada.

Ini adalah kerana,pada ketika ini pasukan Indonesia terlalu terdesak untuk menghapuskan defisit 3 gol yang diperolehi oleh Harimau Malaya.Pastinya Sang Garuda akan menggunakan segala kelebihan dan kesempatan yang ada apabila pasukan Malaysia berkunjung ke bumi Jakarta.

Bermula dengan sorakan keramat Bung Karno,mungkin aspek kemudahan latiahan,pengangkutan segala kemungkinan unsur sabotaj atau provokasi perlu diambil kira oleh seluruh skuad kebangsaan yang berkunjung ke Jakarta nanti.

Namun apa yang kita harapkan ialah pihak Indonesia lebih bersikap realistik dan profesional dalam melayan pasukan negara nanti.

Harapan saya,moga perlawanan akhir kedua nanti dapat berjalan dengan baik dengan aksi menghiburkan dari kedua-dua pasukan.Sudah pasti harapan saya ingin melihat Piala AFF Suzuki dibawa pulang ke tanah air Malaysia pada kali ini dengan kudrat 100 peratus tenanga tempatan..Malaysia Boleh!!!

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...