Skip to main content

Kasihlah ibubapa kita sebelum terlambat

Assalamualaikum,
Artikel ini saya ambil dari blog sahabat blogger saya.Selepas membaca artikel ini hati saya tersentuh kerana tidak dinafikan sepanjang 2 minggu ini hati kecil ini terlalu rindu pada ibu dan ayah di kampung seperti yang saya luahkan pada post saya di minggu lepas.

Kebetulan malam Khamis lepas,seorang rakan saya telah kehilangan ibu nya yang meninggal dunia akibat sakit tenat.Jauh disudut hati saya ini sesungguhnya saya akui memang saya masih belum bersedia untuk kehilangan kedua orang tua saya pada waktu ini.Saya takut bahawa selama hidupnya saya didunia ini saya ada membuat dosa pada mereka hingga melukakan hati mereka.

Ya Allah,peliharalah kedua orang tuaku dari sebarang keburukkan dan kesusahan.Itu yang mampu saya doakan kepada Allah.Sesungguhnya walau sedewasa mana sekalipun kita sebagai manusia..saya akui...saya terlalu sayangkan ibu dan ayah saya.....

Jom sama-sama kita baca artikel yang saya petik dari blog rakan saya...


-------------------------------------------------------------------------------------
Dirumah usang itu seorang ibu tua masih hidup sendiri.Merenung akan hari-hari berlalu mengikut putaran alam.Ibu tua itu akhirnya tersedar dari mimpi yang panjang.Menyedari akan hidup yang masih berkelana di bumi langitnya terbuka luas lantas menatap satu persatu gambar anak-anak yang dahulunya pernah dikandung 9 bulan 10 hari akhirnya membiarkan dirinya terabai seperti pengemis hina.Ibu tua itu duduk termenung di jendela usang yang hanya menanti masa sujud di bumi dan masih menyimpan sedikit harapan agar anak-anaknya kembali walhal itu hanyalah angan-angan yang mustahil di zahirkan.

*****************************
Wahai anak-anakku
Selama 9 bulan ibu mu ini mengandungkan mu,menghalalkan setiap titisan air susu yang ada mengalir di dalam jasadmu, membesarkanmu bagai menatang minyak yang penuh dan akhirnya dibalas dgn duri yang menikam ulu hati. Apa dosa ibu kepadamu wahai anakku?

Wahai anak-anakku
Tidakkah kamu sedar bahawa kunci syurgamu itu terletak dibawah kaki tua ini? Tidakkah kamu sedar bahawa redha ibubapa adalah redha Allah?

Wahai anak-anakku
Tangan kotor inilah yang menyuap setiap makanan sejak kamu lahir.Tangan buruk ini jugalah yang membasuh, menyuci najis kamu dan tangan yang kamu anggap jijik inilah yang memberi pendidikan sejak kamu dialam bayi.

Apa dosa ibu sehinggakan madu yang diberi dibalas dengan racun? Bukan emas, permata dan wang yang diperlukan, tetapi hanya perhatian dari kamu wahai anak.....


Wahai sahabat-sahabat sekalian..kita tidak tahu adakah kita ini tergolong sbg anak derhaka..kita tidak pernah meninggikan suara atau jauh sekali menengking dan memukul mereka tetapi ingatlah kadang-kadang kita alpha bahawasanya perbuatan kecil yg tidak kita sedari juga bisa mendorong kearah menjadi golongan anak derhaka sekiranya ianya mendatangkan kesusahan kpd ibubapa kita.Ibubapa tidak menzahirkan perasaan dukacita mereka kerana naluri mereka cukup tipis utk dirobek dan dilukai.Layanlah mereka seperti makhluk yang mempunyai perasaan kerana mereka itu adalah manusia yang bergelar IBUBAPA.

Ingatlah bahawasanya 3 golongan yang tidak akan cium bau syurga
1. Suami yang Dayus
2. Pembawa dan peminum Arak
3. Anak Derhaka kepada ibubapa..

SUMBER:http://daarulmuaqaamah.blogspot.com/

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...