Skip to main content

Kenapa Perlu Bernyahtoksin?

Kenapa Bernyahtoksin?

Sering keletihan, masalah kembung perut, sembelit, alahan dan selulit – semua ini merupakan simptom-simptom toksin berlebihan dalam badan. Ambil tindakan segera sebelum toksin mendatangkan masalah kesihatan yang mudarat.

Detoksifikasi atau Detoks merupakan suatu proses untuk membuang timbunan toksin dalam badan.


Apakah itu toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.

Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.


Toksin bertimbun dalam badan sekian lama

Badan anda sememangnya berfungsi secara automatik untuk membuang toksin melalui dua organ eliminasi – sistem pencernaan dan organ hati. Seperti organ-organ lain, ia memerlukan sokongan dan rehat dari semasa ke semasa supaya ia boleh terus berfungsi dengan optima. Cara hidup kini memberikan banyak tekanan ke atas sistem detoksifikasi badan anda.

Apabila badan anda tidak mampu lagi mengatasi beban toksin berlebihan, toksin-toksin ini (kebanyakan adalah larut lemak) mula berkumpul dalam tisu-tisu lemak seperti selulit, otak dan kelenjar hormon di mana ia boleh bertimbun bertahun lama.


Simptom-simptom toksin berlebihan

Antara simptom-simptom kesihatan yang dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:
Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala
Insomnia (masalah tidur), Mata gelap
Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
Masalah sendi
Masalah kulit – jerawat, eczema
Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal


Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...