Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Hari ini sudah hampir sebulan saya memikirkan perancangan aktiviti SIC Pahang untuk tahun hadapan.Jika diikutkan pada keinginan diri sendiri memang terlalu banyak aktiviti yang ingin saya buat untuk rakan-rakan SIC Pahang namun banyak perkara yang perlu saya fikirkan dahulu sebelum mencadangkan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja SIC Pahang.
Antara aspek-aspek yang perlu saya pandang antaranya ialah kelapangan masa setiap ahli,keberangkalian penyertaan dan kesesuaian aktiviti untuk semua warga SIC Pahang.Belajar dari pengalaman menguruskan aktiviti sepanjang 2010 saya sedar yang setiap aktiviti memerlukan variasinya yang tersendiri dan perlu difikirkan kesan atau faedahnya pada golongan/kumpulan sasaran.
Mengambil contoh jka saya ingin meletakkan aktiviti santai seperti BBQ,saya perlu memandang sasaran penyertaan.Aktiviti BBQ atau santai biasanya mudah untuk disertai oleh semua golongan baik yang bujang mahupun yang telah berkeluarga.Jadi untuk mendapatkan penyertaan yang memberangsangkan,sebagai pencetus idea ataupun urusetia yang akan menggerakkan sesuatu aktiviti itu,kita perlu memikirkan bagaimana untuk mencipta suasana santai dengan disertakan semangat kekeluargaan dalam setiap aktiviti.
Jadi,konsep kekeluargaan yang telah diterapkan dalam setiap aktiviti SIC Pahang dengan motto “we unite as a one big family” saya fikirkan adalah mekanisma terbaik dalam menarik minat semua warga SIC Pahang untuk menyertai aktiviti yang disusun untuk ahli-ahli.Keberkesanan konsep ini dapat dilihat dengan berjayanya SIC Pahang menganjurkan 12 aktiviti sepanjang 2010 dengan purata 1 aktiviti 1 bulan.
Saya percaya dengan semangat kekeluargaan dan setia kawan yang telah disemai ,dibajai dan disiram serta dijaga,hubungan dan silaturrahim sesama ahli SIC Pahang akan terus utuh sehingga bila-bila pun.Apa yang saya dapat melalui persahabatan ini sama malah kadang-kadang lebih dari apa yang boleh didapati dari saudara-mara sendiri.Oleh itu,saya bangga dengan menjadi sebahagian keluarga besar SIC Pahang khususnya dan SIC Malaysia amnya.
Harapan saya agar,konsep “we unite as a one big family” akan diteruskan dalam pergaulan dan masa bagi semua warga SIC Pahang Rhodongs.Juga diharapkan Empayar Pahang Rhodongs yang semakin berkembang ini dapat berdiri utuh sampai bila-bila.Tidak dinafikan dalam sesuatu kumpulan pergaulan yang besar perbezaan pendapat atau perselisihan faham memang tidak dapat dielakkan.Jadi,adalah tanggungjawab semua yang berada dalam kumpulan pergaulan itu untuk menyelesaikan segala permasalahan,perselisihan tersebut dengan cara terbaik.
Menjadi sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Kerja sesuatu kelab itu sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai karenah dan permasalahan yang kadang kala tidak terfikir oleh kita.Oleh itu,konsep kekeluargaan adalah konsep terbaik untuk menangani segala permasalahan yang hadir namun ianya memerlukan cara penyelesaian yang sesuai bergantung pada keadaan dan situasi semasa.
Konsep ini sedikit sebanyak menampakkan hasilnya bila diaplikasikan dalam kumpulan pergaulan yang besar namun ianya masih memerlukan dinilai secara kerap dan dibaik pulih mengikut kesuaian keadaan.Untuk komuniti yang masih baru seperti SIC Pahang ini,saya akui masih banyak cabaran dan dugaan yang bakal kami tempuhi pada masa mendatang namun jika hati setiap warga dapat terus disatukan sampai bila-bila,saya percaya apa yang kita ada pada hari ini akan terus berkekalan malah lebih baik pada masa akan dating,insya Allah.
Sempena tahun baru Maal Hijrah 1432 ini,sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan kelab kesayangan kita ini semoga terus maju dan gemilang pada masa akan datang.Saya bangga menjadi sebahagian daripada keluarga besar SIC Malaysia dan saya juga bangga menjadi warga SIC Pahang.Semoga silaturrahim yang terbina akan terus utuh dengan semangat ukhwah yang jitu.
Sekian,
Wassalam.

Comments