Skip to main content

Menuju ke TT Akhir Tahun @ Rompin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada rakan-rakan...

Seperti yang dirancang,insya Allah selepas waktu pejabat petang ni saya akan terus bergerak pulang ke kampung halaman untuk menghadiri TT Akhir Tahun SIC Segamat dengan kerjasama SIC Pahang Kawasan Rompin.

Mungkin kalau sampai awal malam ni sempat kot jumpa rakan-rakan SIC Rompin untuk bertanyakan status persiapan TT yang akan bermula esok dan berakhir ahad.

Berdasarkan keadaan cuaca terkini sedikit kerisauan melanda hati saya.Hujan lebat sepanjang hari memungkinkan beberapa aktiviti seperti riadah dan sukaneka terpaksa dibatalkan esok dan lusa.Namun saya berdoa agar segalanya berjalan lancar.

Dikesempatan ini,sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada SIC Segamat kerana memilih Rompin,salah satu daerah di Pahang sebagai lokasi aktiviti kalian dan sekalung tahniah juga diberikan kepada rakan-rakan SIC Rompin yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai pihak tuan rumah walau terpaksa membuat persiapan dalam masa yang singkat.

Semoga aktiviti ini akan menjadi pemangkin kepada aktiviti antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.

1 SIC 1 Matlamat 1 Harapan....

Comments

BRO_MONDAY said…
terbaik lah abam fared ('',)

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...