Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Hari ini tinggal 1 hari lagi menjelang TT Main Air SIC Pahang 2010 akan berlangsung.Setakat ini seramai 35 orang ahli telah mengesahkan kehadiran.15 orang dari SIC Bentong Crew,10 dari SIC Rompin Crew,5 orang dari SIC Temerloh Crew dan selebihnya dari SIC Kuantan Crew.
Kalau tiada aral melintang,buat julung kalinya SIC Pahang dapat mengumpulkan kira-kira hamper 40 buah kereta ahli dan ini merupakan perhimpunan terbesar SIC Pahang untuk 2010 ini.
Alhamdulillah,setakat perbincangan dengan saudara Amar,penyelaras program ini,semuanya berjalan lancar dan pembahagian tugas pun nampaknya lancar.Moga TT malam ini dapat memperincikan lagi tugas-tugas yang diberi.
Terkilan juga dihati kerana esok tidak dapat menghabiskan sepenuh masa di tempat program.Oleh kerana tuntutan komitmen dan terpaksa menghadiri kenduri saudara mara membataskan sedikit masa saya bersama rakan-rakan SIC Pahang.
Diharapkan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.Harap semua rakan-rakan enjoy bermain air.Disamping itu,keselamatan diri perlu lah dijaga.Moga kenangan hari esok menjadi kenangan yang terindah buat semua.Kepada yang baru menyertai SIC Pahang,Selamat Datang Ke Keluarga Besar SIC Pahang dan kami menerima dengan tangan terbuka kehadiran kalian semua.
Semoga program ini akan menjadi program tahunan atau paling tidak pun 3 bulan sekali kita dapat berkumpul seperti ini.Aktiviti ini harapnya bukan aktiviti terakhir seperti ini.Tahniah kepada seluruh warga SIC Pahang kerana bersama-sama menjayakan program sepanjang tahun ini,dari aktiviti riadah,kemasyarakatan dan kekeluargaan terbukti semua warga SIC Pahang memberikan penglibatan yang tiada tolok bandingnya.
Akhir kata,sama-samalah kita mendoakan moga program yang dirancang esok berjalan dengan lancar dengan izin Allah S.W.T.
Salam Kekeluargaan Buat Seluruh Warga SIC Pahang
“we unite as a one big family"

Comments