08 disember 2010
Saya tidak pasti bila saya akan dapat post artikel tulisan saya ini diblog saya ini.Hari ini malam pertama saya dan rakan-rakan sepejabat berada di Tiara Beach Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan.Masalah mendapatkan talian internet di resort ini menyebabkan saya tidak pasti bila saya akan dapat memuat naik artikel ini di blog saya.
Pada hari pertama ini terdapat agak banyak permasalahan di resort ini.Dari aspek keadaan bilik,layanan kepada pelanggan,bilik seminar dan juga aspek makanan antara perkara yang menjadi buah mulut antara kami.Dengan perkhidmatan internet yang perlu berbayar sebanyak RM150 sehari dan masalah pada wifi percuma yang hanya boleh diakses di lobi dan café hotel menyebabkan kami terpaksa memikirkan alternative lain untuk mendapatkan kemudahan internet bagi memudahkan kami untuk menjalani bengkel yang kami hadiri ini.
Berbalik kepada keadaan bilik yang agak kotor dan sedikit using disamping penghawa dingin dan kipas yang gagal berfungsi dengan sempurna,menyebabkan bengkel jabatan saya pada kali ini bagaikan mimpi buruk buat saya dan isteri.Andai saya hadir berseorangan,permasalahan ini mungkin dianggap remeh,namun bila membawa keluarga ini,apa yang diharapkan oleh pelanggan ialah untuk mendapat layanan dan kemudahan yang ‘first class’,setanding dengan nama resort ini yang kononnya antara yang tersohor di Port Dickson ini.
Apa yang saya katakana,jika ada diantara rakan-rakan yang ingin bercuti di Port Dickson,resort ini termasuk dalam senarai yang TIDAK akan saya cadangkan kepada rakan-rakan.Bukan untuk memburukkan,tetapi saya berkongsi pengalaman saya disini.Baru menempuh satu malam namun agak banyak juga masalah yang dihadapi membuatkan saya agak kurang selesa disini.
Walau mungkin artikel ini lambat saya siarkan,namun ianya mungkin boleh dijadikan panduan dan pegangan untuk rakan-rakan yang ingin bercuti pada hujung tahun ini.Dan saya harap andai ada pihak yang ada talian dengan resort ini membaca artikel ini,anggaplah artikel saya ini sebagai satu kritikan membina demi pihak resort membaik pulih perkhidmatan yang disediakan.
Moga bertemu lagi di tulisan akan datang…mmmm…entah bila lah agaknya artikel ini dapat saya siarkan.

Comments