
Assalamualaikum,
Alhamdulillah video TT Main Air berjaya disiapkan dalam jam 3 pagi semalam walaupun laptop mengalami masalah dan 'hang' lebih dari 10 kali.Syukur dugaan dapat ditempuhi untuk menyiapkan klip video sepanjang 10 minit tersebut.
Rasa puas hati jelas terasa bila menonton klip video tersebut.Ini adalah percubaan pertama saya membuat klip video sepanjang itu.
Syukur ke hadrat ilahi apabila aktiviti ini berjaya dijalankan dengan lancar.Rasa kagum dan bangga dengan SIC Pahang dengan komitmen semua ahli yang turut sama menjayakan aktiviti ini.Moga sambutan sebegini akan dapat dilihat pada masa akan datang.
Secara peribadi saya melihat ini merupakan TT yang terbesar yang berjaya diadakan pada tahun ini di negeri Pahang ini jika diukur dengan kehadiran rakan-rakan dan kelancaran program serta konvoi.
Tahniah kepada yang bertungkus lumus menjayakan dan kepada yang hadir.Saya pasti ramai rakan-rakan akan berkongsi kata-kata keramat ini..."saya bangga menjadi warga SIC Pahang!!!"
Sekian...
Comments