Skip to main content

JPJ kini berkuasa di semua jenis jalan

ALOR GAJAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.
"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri Lendu hari ini.
Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Melaka, Datuk R Perumal, yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.

"Sekarang ini cuma tunggu ia diwartakan, dan kita jangka ia dapat dikuatkuasakan tidak lama lagi, iaitu dalam tahun ini juga," katanya.

Beliau berkata, mengikut pindaan akta itu, pemilik kenderaan yang bertukar alamat diberi tempoh dua minggu untuk memaklumkan alamat baru kepada JPJ dan jika gagal, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka, termasuk kompaun sebanyak RM300.
Ismail berkata, peraturan itu adalah bagi mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan alasan bertukar alamat sebagai helah mereka tidak menerima saman yang dikeluarkan JPJ.

Beliau berkata, JPJ juga sedang menaik taraf perkhidmatan untuk pengguna, termasuk pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan melalui kios yang diwujudkan di pasar raya.

Pada program Satu Komuniti Satu JPJ itu, seramai 494 penunggang motosikal berusia 45 tahun ke atas, berjaya memperoleh lesen memandu. - BERNAMA

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...