Skip to main content

Kerana "along"...

Sedih dengan masyarakat hari ini..sanggup melakukan apa saja kerana wang...kerana ingin meminjam wang dengan along,anak isteri dicagarkan...bila gagal membayar anak isteri juga jadi mangsa...

Berita ini saya baca di berita harian..


Korban isteri, anak bayar hutang along

2011/01/14
JOHOR BAHRU: Ada peminjam yang berhutang melebihi RM100,000 dengan along di negeri ini terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsaikan hutang.

Ia adalah sebahagian daripada 100 laporan ancaman along terhadap peminjam yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta yang diterima oleh Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sepanjang tahun lalu.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata selain merampas isteri atau anak perempuan, beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan berdepan risiko kehilangan perniagaan mereka selepas dijadikan cagaran kepada along.
“Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak perempuan ditiduri along adalah ancaman yang sangat serius. Ancaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan berurusan dengan along,” katanya semalam.

Tay juga mendedahkan peminjam yang mempunyai hutang tertunggak biasanya dipaksa meminjam daripada ceti haram lain bagi melunaskan hutang pertama sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang berlipat kali ganda dengan beberapa along.

“Dalam situasi itu, mangsa biasanya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menurut saja kerana tidak mahu di apa-apakan. |Malah, ada peminjam dikehendaki mencagarkan perniagaan jika berhutang dalam jumlah yang besar,” katanya.

Beliau juga mendedahkan ada seorang pengedar akhbar meninggalkan perniagaannya dan lari ke luar negara kerana ketakutan selepas berhutang RM20,000 dengan lapan orang along.
Lelaki berusia 50 tahun itu membiarkan isteri dan dua anak berusia lima dan lapan tahun meneruskan hidup serba
kepayahan, demi menyelamatkan diri daripada ancaman along.

SUMBER: Berita Harian

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...