Memang kalau dilihat pada tajuk posting saya pada kali ini agak pelik dan mungkin yang kata posting saya agak lucah.Tapi ini lah realiti namun sedikit ganjil dan misteri.Kalau ianya berlaku kepada kaum hawa ianya tidaklah saya katakan pelik,ganjil atau misteri.
Saya katakan begini ialah apabila terbaca satu berita di Kosmo!...anda semua boleh membacanya dibawah apabila saya akan posting sendiri berita tersebut.Yang menjadi persoalan kita ialah kenapa dia memakai coli atau soalan yang lebih relevan pada saya kepada kaum adam seperti ini ialah seronok sangat kah memakai coli?soalan yang sama seperti yang difikirkan oleh Mazidul Akmal Sidek.
Berikut berita dari Kosmo!:
Lelaki pakai coli maut jatuh kondo

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my
MAYAT lelaki memakai coli yang terjatuh dari kondominium di Taman Datuk Senu, Sentul semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan misteri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12, Blok A, Sentul Utama Kondominium, Taman Datuk Senu, Sentul di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mayat mangsa, Shahnizam Aman, 26, ditemui di tingkat bawah bangunan 17 tingkat itu dengan memakai coli wanita dan berseluar biru.
Menurut beberapa orang penghuni, mangsa dan seorang rakannya dikatakan cuba memasuki sebuah rumah di tingkat 12 melalui balkoni rumah itu.
Bagaimanapun, apabila kehadiran mereka disedari tuan rumah, mangsa dipercayai terjatuh manakala rakannya sempat melarikan diri.
Tiada sebarang pengenalan diri mangsa ditemui kecuali tiga buah telefon bimbit, tasbih serta kunci pendua beberapa unit kediaman kondominium itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala ekoran jatuh dari tempat tinggi.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Comments
p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "@ ReVoLuSi RaMBuT @"