Skip to main content

PM: Sukan mampu menyatukan rakyat


"SUKAN mempunyai keupayaan untuk menyatukan rakyat, khususnya bola sepak."

Demikian jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Katanya, beliau sendiri mengalaminya pada Disember tahun lepas, semasa sama-sama bersorak untuk pasukan kebangsaan ketika menentang Vietnam dalam Piala AFF Suzuki 2010.

"Tenaga malam itu, semasa duduk bersama rakyat di Jalan Bukit Bintang dapat dirasakan dan tiada sesiapa pun tidak terikut dilanda oleh gelombang itu," katanya dalam blog 1Malaysianya di bawah tajuk Bersatu Kita Teguh.

Najib berkata pasukan negara telahpun mendapat pujian daripada pemain Manchester United dan menurutnya mereka seharusnya menerima ini sebagai satu motivasi untuk memperbaiki prestasi.

Katanya, beliau juga sedang menanti-nantikan saat bertemu dengan pasukan bola sepak Malaysia hari Rabu ini untuk mengucapkan tahniah kepada mereka dan menambah bahawa pemain-pemain muda ini merupakan tonggak bola sepak negara pada masa hadapan dan berpotensi untuk membangkitkan semula sukan ini di negara ini.

Berbicara tentang sukan, Najib berkata, beliau seboleh-bolehnya cuba mengikuti perkembangan pasukan sukan kegemarannya.

"Saya dapat menikmati keseronokan bersukan serta masa bersantai bersama isteri dan anak-anak, pergi berjoging seperti biasa dan tidak melepaskan peluang untuk menonton perlawanan Liga Perdana England," katanya.

Menurutnya, seperti mana peminat-peminat Manchester United yang lain, ia menyeronokkan beliau melihat pasukan itu berada di puncak liga dengan kedudukan selesa di hadapan pasukan lain.

"Keseronokan ini tidak dikongsi oleh anak perempuan saya, sebab dia adalah penyokong Liverpool. Dia memujuk diri sendiri dengan mengatakan Liverpool ialah 'juara akan datang', tetapi ini jugalah yang dia sebut sejak lebih dari sepuluh tahun yang lalu," kata Najib.

"Mungkin terlalu awal untuk merayakan satu lagi kemenangan, namun saya harap Manchester United berupaya mengekalkan kedudukan teratas dalam kejuaraan ini sementara berhati-hati dengan persaingan daripada kelab-kelab lain termasuk Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA," katanya. - Bernama

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...