Skip to main content

Sokongan kepada skuad bola sepak negara harus konsisten

KUALA LUMPUR - Perasaan gembira dan lega jelas terpancar pada wajah-wajah ribuan peminat setia bola sepak negara selepas menyaksikan skuad Harimau Malaysia meraih kejuaraan sulung Piala AFF Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno, minggu lalu.

Pujian demi pujian, malah sambutan luar biasa yang diberikan para penyokong Malaysia ketika menanti kepulangan skuad Harimau Malaysia, menceritakan segala-galanya.

Selama 20 tahun lamanya, persada bola sepak negara berada di persimpangan.

Pasukan kebangsaan kita seolah-olah hilang punca, tidak bermaya dan sudah hilang keazaman untuk bermain.

Jurulatih yang diupah, datang dan pergi tanpa sebarang kejayaan manakala tahap keyakinan dan optimisme para penyokong terhadap masa depan bola sepak negara, turun naik.

Mereka terus tertanya-tanya di manakah silapnya skuad bola sepak negara hingga kedudukan skuad bola sepak negara makin corot dan pernah tewas kepada pasukan kerdil seperti Filipina dan Laos satu ketika dahulu?

Namun, segala-galanya itu telah dilupakan seketika selepas skuad Harimau Malaysia bimbingan jurulatih K.Rajagobal meraih kejayaan paling signifikan semenjak Sukan Asia di Indonesia 1962 dan Teheran 1974 yang menyaksikan pasukan bola sepak kebangsaan negara meraih pingat gangsa.

Apa yang pasti, perasaan positif dan minat para penyokong setia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan negara kini beransur kembali.

Pelbagai harapan diletakkan pada skuad Harimau Malaysia ini untuk terus mencapai sesuatu yang lebih gemilang di masa-masa hadapan.

Sememangnya, senario sedemikian adalah sesuatu yang lumrah di mana-mana negara apabila pasukan kebangsaan memperoleh kejayaan.

Dua kejayaan besar skuad Harimau Malaysia pada Sukan SEA Vietnam dan Piala AFF Suzuki dalam tempoh dua tahun ini, ibarat penyuntik semangat kepada para penyokong bahawa masih ada sinar harapan buat pasukan kebangsaan negara.

Para penyokong setia negara seolah-olah dikejutkan daripada tidur mereka bahawa pasukan bola sepak negara tidaklah seburuk atau selemah mana seperti yang diuar-uarkan dalam media.

Dan apabila sokongan dan pujian terus diberikan kepada skuad Harimau Malaysia ekoran kejayaan terbaru ini, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan. Malah sudah menjadi naluri untuk kita sebagai manusia memberikan sokongan apabila keadaan dilihat baik dan positif.

Namun, apa yang lebih penting, pujian dan sokongan yang datang bertali-arus ini tidak harus hadir ketika prestasi skuad Harimau Malaysia berada pada tahap yang terbaik sahaja. Sebaliknya, sokongan sedemikian perlu ada setiap masa.

Sehubungan itu, saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar sokongan peminat kepada pasukan bola sepak negara haruslah konsisten dan tetap, adalah kena pada masanya.

SUMBER:utusan malaysia

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...