Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

~Selamat Datang Ke Kuantan~

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Esok 29 April 2011 SIC Pahang akan menerima kehadiran konvoi daripada SIC Cawangan Terengganu,SITC dan PROSAG yang hadir untuk beraktiviti di Gambang Water Park pada hari Sabtu bersamaan 30 April 2011. Sehubungan itu,Kuantan Crew akan mengadakan satu sesi TT Ramah Mesra antara 4 kelab kereta yang memperjuangkan Proton Saga dan Iswara ini bertempat di Taman Kerang pada jam 9.00 malam. Oleh itu,diharapkan seluruh ahli SIC Pahang yang berada di Kuantan untuk sama-sama hadir untuk meraikan para tetamu disamping merapatkan silaturahim sesama kita. Diharapkan para tetamu yang hadir esok akan berpuashati dengan sambutan dan layanan daripada beberapa wakil SIC Pahang.Semoga hubungan terjalin antara kedua-dua negeri dapat dieratkan lagi dengan program-program seperti ini. Sekian,terima kasih.

~menjelang AGM SIC Pahang...harap semuanya berjalan lancar~

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. Sedar tak sedar tinggal lagi 4 hari menjelang Mesyuarat Agung SIC Pahang 2011 yang bakal diadakan pada Isnin,2 Mei 2011 bertempat di Balai Raya Kampung Awah,Maran.Pertama kali jutaan terima kasih diucapkan kepada Temerloh Crew yang telah bertungkus lumus membuat persiapan bagi melancarkan perjalanan AGM pada kali ini. Harapan untuk proses permilihan Jawatankuasa Tertinggi SIC Pahang pada tahun ini berjalan lancar seperti tahun yang lalu dimana ianya pertama kali diadakan.Diharap juga semua ahli yang hadir membuat pemilihan terbaik demi memajukan lagi SIC Pahang untuk kekal sebagai antara cawangan SIC yang aktif menjalankan aktiviti. Mesyuarat Agung pada kali ini juga diharap dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli disamping menyatupadukan lagi semangat kekeluargaan antara ahli.Konsep "Bersatu Sebagai 1 Keluarga Besar" yang telah diterapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi SIC Pahang selama ini diharap dapat diteruskan oleh semu...

North Tour to UUM & Hatyai VOL02

North Tour to UUM & Hatyai....

Tikam

~jangan biarkan pelati itu perlahan menikam belakangmu...kerana,tusukan pelati itu nanti bisa membunuhmu...berhati-hati ketika berjalan...pandang ke hadapan bak punyai mata dibelakang..kerana musuh biasanya menikam dari belakang..dan adakalanya juga bukan sang musuh pun menikam dari belakang...~(farid paduka ali-19 April 2011)

~Anak-Anak Kita~

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang Di bawah mentari sumbing Sambil bernyanyi lagu Ketakutan hari-hari ini Anak-anak kitakah yang memikul beban Kesilapan kita Hingga dia tak kenal Budaya canggung bangsa sendiri Selamatkan anak kita Dari padang jerangkap samar Selamatkan anak kita Orde baru politikus usang Anak-anak kitakah yang bermain Di hutan belukar Dengan senapang kayu ubi Cambah tak kenal bahaya Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang Bila petang kerana terlalu sibuk main lastik Dan berpistolan Pistol-pistolan Jaga-jaga anak kita Jangan sampai jadi hamba Jaga-jaga anak kita Kita ini orang merdeka Panggillah mereka pulang Ayah nak ajar Tentang kurang ajar Jadi mereka takkan sendiri lagi Panggillah mereka pulang Ayah nak ajar Tentang kurang ajar Jadi mereka takkan dimomok lagi Fikir Selamatkah kita di tangan tukang karut itu Fikir Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu Fikir Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu Fikir Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu Fikir...

~kenangan bersama SIC Sabah~

Seminggu berlalu baru sempat update dan upload gambar-gambar ketika sesi TT bersama rakan-rakan SIC Sabah pada malam minggu lepas.Kebetulan masa tu ada urusan kerja disana.Thanks pada semua atas layanan yang diberi..panjang umur kita ketemu lagi bah..aramaiti!!!!

~S.I.C Malaysia Grand Official TT 2011 @ Pantai Timur 2011~

Assalamualaikum dan Salam SIC kepada semua... Adalah dimaklumkan bahawa Program S.I.C Malaysia Grand Official TT 2011 @ Pantai Timur 2011 akan diadakan pada 4-5 Jun 2011 bertempat di Kuantan,Pahang. Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut: S.I.C Malaysia Grand Official TT 2011 @ Pantai Timur Tarikh : 4 dan 5 Jun 2011 Lokasi :Bukit Gambang Water Park(aktiviti) Penginapan:Sempurna Resort,Kuantan Bayaran: Berkeluarga(tidak termasuk anak 6 tahun keatas)=RM230.00(penginapan,makan malam,BBQ,sarapan pagi,tiket water park,tshirt program)-penginapan,makan malam,bbq dan sarapan pagi adalah termasuk kanak2 dibawah 6 tahun(maksimum 2 orang sahaja). -Sekiranya anak dibawah 6 tahun lebih dari 2 orang(jumlah maksimum),bayaran tambahan RM10 dikenakan kepada setiap seorang tambahan. -jika anak berumur 6 tahun keatas bayaran tambahan hanya RM 20 melibatkan tiket masuk Gambang Water Park dan topup bayaran makan malam dan sarapan pagi. Bujang=RM120.00(penginapan,makan malam,BBQ,sarapan pagi,tike...

~perjuangan ini~

~perjuangan ini perjuangan tak berpenghujung... perjuangan ini bermula lagi.. dari kesilapan yang lalu... dari kejayaan semalam... demi gemilangan masa hadapan...perjuangan bukan sekadar mengangkat senjata..malah ianya lebih dari itu...tidak semua perjuang gugur di medan perang dan tidak semua perjuang disanjung jasa kebaktiannya...andai aku seorang perjuang..cukuplah hanya aku yang tahu pengorbananku demi sebuah perjuangan...~(farid paduka ali-15 April 2011)

apakebendanya....

Kalau ada bendanya..Mesti ada namanya...Kalau ada isinya...Mestilah ada bekasnya...Setiap apa yang berlaku ada sebabnya..Hanya kurangnya kemampuan mentafsir menyebabkan kita sering menyalahkan takdir...baik kejadian tak semestinya rahmat..buruk perkara tak semestinya bala...yang teladan dan yang sempadan harus kita bijak menilainya agar tidak terus menyalahkan takdir ilahi....(farid paduka ali-15 April 2011)

Di balik cermin mimpi

Di balik cermin mimpi Aku melihat engkau Di dalam engkau Aku melihat aku Ternyata kita adalah sama Di arena mimpi yang penuh bermakna Bila bulan bersatu dengan mentari Bayang-bayang ku hilang Di selebungi kerdip nurani Mencurah kasih, kasih murni Mencurah kasih Di balik cermin, cermin mimpi Adalah realiti yang tidak kita sedari Hanya keyakinan dapat merestui Hakikat cinta yang sejati Hakikat cinta yang sejati Dengan tersingkapnya tabir siang Wajah kita jelas terbayang Dan terpecah cermin mimpi Menjadi sinar pelangi Pelangi