Skip to main content

~Selamat Datang Ke Kuantan~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Esok 29 April 2011 SIC Pahang akan menerima kehadiran konvoi daripada SIC Cawangan Terengganu,SITC dan PROSAG yang hadir untuk beraktiviti di Gambang Water Park pada hari Sabtu bersamaan 30 April 2011.

Sehubungan itu,Kuantan Crew akan mengadakan satu sesi TT Ramah Mesra antara 4 kelab kereta yang memperjuangkan Proton Saga dan Iswara ini bertempat di Taman Kerang pada jam 9.00 malam.

Oleh itu,diharapkan seluruh ahli SIC Pahang yang berada di Kuantan untuk sama-sama hadir untuk meraikan para tetamu disamping merapatkan silaturahim sesama kita.

Diharapkan para tetamu yang hadir esok akan berpuashati dengan sambutan dan layanan daripada beberapa wakil SIC Pahang.Semoga hubungan terjalin antara kedua-dua negeri dapat dieratkan lagi dengan program-program seperti ini.

Sekian,terima kasih.

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...