
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
Sedar tak sedar tinggal lagi 4 hari menjelang Mesyuarat Agung SIC Pahang 2011 yang bakal diadakan pada Isnin,2 Mei 2011 bertempat di Balai Raya Kampung Awah,Maran.Pertama kali jutaan terima kasih diucapkan kepada Temerloh Crew yang telah bertungkus lumus membuat persiapan bagi melancarkan perjalanan AGM pada kali ini.
Harapan untuk proses permilihan Jawatankuasa Tertinggi SIC Pahang pada tahun ini berjalan lancar seperti tahun yang lalu dimana ianya pertama kali diadakan.Diharap juga semua ahli yang hadir membuat pemilihan terbaik demi memajukan lagi SIC Pahang untuk kekal sebagai antara cawangan SIC yang aktif menjalankan aktiviti.
Mesyuarat Agung pada kali ini juga diharap dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli disamping menyatupadukan lagi semangat kekeluargaan antara ahli.Konsep "Bersatu Sebagai 1 Keluarga Besar" yang telah diterapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi SIC Pahang selama ini diharap dapat diteruskan oleh semua ahli SIC Pahang.
Alhamdulillah sepanjang 2010 yang lalu SIC telah berkembang dengan pesat diseluruh negeri Pahang dimana 2 kawasan baru telah dibuka iaitu Bentong Crew dan Rompin Crew.Tahniah diucapkan kepada Wakil Kawasan kedua-dua daerah tersebut.Tahniah juga kepada daerah-daerah lain yang turut aktif menjalankan aktiviti sepanjang 2010.
Bagi menghargai komitmen semua ahli SIC Pahang,Pengurusan Tertinggi SIC Malaysia telah memberi kepercayaan kepada warga SIC Pahang untuk mengendalikan SIC Malaysia Grand Official TT @ Pantai Timur yang dijadual berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2011 bertempat di Sempurna Resort dan Gambang Water Park,Kuantan.Jadi,komitmen dan kerjasama semua ahli yang terlibat amat ditagih bagi menjayakan program terbesar SIC ini.
Akhir kata,menjelang Mesyuarat Agung SIC Pahang 2011 yang akan berlangsung nanti,diharap semua ahli SIC Pahang yang hadir nanti agar membuat pilihan terbaik demi SIC Pahang.Setiap ahli sudah pun mengenali sesama ahli,jadi nilai lah sendiri calon-calon yang layak untuk memimpin SIC Pahang.Selain itu,jagalah nama baik SIC dengan memastikan proses pemilihan berjalan dengan lancar.Kepada mereka yang terpilih memimpin SIC Pahang untuk penggal 2011-2012 nanti,pimpinlah The Rhodongs sebaik mungkin agar nama SIC terus harum sebagai salah satu kelab yang serius memartabatkan kereta nasional.
Buat sekian kalinya,dikesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga SIC Pahang dan selamat bercuti.
Sekian terima kasih.
Comments