
Assalamualaikum...
Syukur kehadrat ilahi AGM SIC Pahang telah selamat dijalankan dengan jayanya pada 2 Mei 2011.Mesyuarat yang bermula pada jam 2:30 petang dan berakhir pada 4:30 petang telah menyaksikan sedikit perubahan pada struktur JK Tertinggi SIC Pahang 2011-2012 ini.
Sekalung ucapan penghargaan kepada seluruh warga SIC Pahang yang sanggup mengorbankan cuti untuk sama-sama bermesyuarat demi SIC Pahang.Tahniah juga kepada semua JK Tertinggi yang dipilih menerajui SIC Pahang untuk penggal 2011-2012 ini.
Secara peribadi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi keepercayaan kepada saya untuk menerajui SIC Pahang pada penggal ini.Namun saya berharap semua rakan-rakan dapat memberi kerjasama yang jitu demi memartabatkan SIC Pahang.
Rakan-rakan seperjuangan sekalian,seperti yang saya nyatakan pada mesyuarat petang tadi,apa yang penting dalam berkelab bukannya jawatan namun semangat setiakawan,kekeluargaan dan kerinduan sesama kita yang telahpun terbukti menjadi kejayaan SIC Pahang selama ini apabila dilihat dengan aktiviti yang telah diadakan sepanjang 2010.
Justeru itu,tiada banyak perubahan yang kan berlaku kerana bagi saya kita sebenarnya berada dilandasan yang tepat untuk terus jadi antara kelab kereta yang terbaik dinegeri Pahang.Sehubungan itu,semangat kekeluargaan yang kita miliki selama ini hendaklah kita sematkan terus didalam hati kita semua agar kita terus dapat menjadi role model kepada golongan-golongan belia diluar sana.
Akhir kata,sekalung penghargaan juga kepada mantan Ketua Perhubungan Negeri,Encik Omar Othman yang telah banyak berjasa dalam membangunkan SIC dinegeri ini.Jadi pemilihan beliau sebagai Penasihat SIC Pahang saya rasa amat bertepatan dengan segala jasa dan pengorbanan beliau selama ini.Tidak lupa juga kepada warga Temerloh Crew diatas persiapan tempat mesyuarat yang terbaik untuk kali ini.Semoga komitmen dan jasa baik kalian akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah.
AGM sudahpun selesai,jadi marilah kita sama-sama fokus untuk satu bentuk kerjasama yang jitu kepada 1 event yang bakal kita anjurkan lebih kurang sebulan lagi iaitu SIC Malaysia Grand Official TT @ Pantai Timur.
Semoga kita semua akan bertemu lagi dalam satu perhubungan kekeluargaan yang tiada penghujungnya."WE UNITE AS A ONE BIG FAMILY",love you all SIC Pahang 'The Rhodongs".
wasalam.
Comments