Skip to main content

:::Kisah Teladan:Kisah Ayah dan 3 anak:::

Assalamualaikum,
Sambil2 FPA belek2 blog rakan2 blogger FPA terjumpa 1 kesah teladan yang boleh dijadikan pengajaran....izinkan FPA kongsikan bersama....


Kisah Ayah dan 3 Orang Anak…

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun
kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga
orang anak lelaki.Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua
bernama Harben dan ketiga bernama Amsal.

Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya
Dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga
dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke
penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga
iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si
anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering
badannya kerana jarang diberi makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah
kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi
mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua,
terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya.
Apa yang dimahukan si Raja itu.
Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau
seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa
yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah
keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak
tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye
ayah?"Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana
anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya
sedih.
Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau
seberang..Tuanku Raja telah memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah
Keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis
Tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye
ayah?"Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana
anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau
begitu"jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau
seberang.. "Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal
menjawab,"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya
kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa
saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar
rumah, Anis pun menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut
ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut
melanda dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua
dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Sekian seadanya.
PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua
ini.
1) Harben ialah HARTA-BENDA,
2) Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
3) Amsal ialah AMAL-SOLEH.
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal.
Dimana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja)
yangdapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis
tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar
cita-citadi dunia ini jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima ..
Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.
"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah
secara
terhormat"
( Sayidatina Asma bt Abu Bakar R.A )
"Beruntunglah siapa yang membersihkan hatinya
dan rugilah siapa yang mengotorinya "
(Surah As Syam Ayat : 9 )

SUMBER:http://cikaidanatasya.blogspot.com

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...