Skip to main content

#Jemputan ke Program Berbuka Puasa Kppsim Ramadhan 1433h/2012, Rumah Sentuhan Budi @ 4/8/2012 @ Sabtu

Assalamualaikum & Salam Hormat seluruh warga KPPSIM,

Saya bagi pihak Ketua Projek iaitu saudara din0018 ingin memaklumkan bahawasanya Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia (KPPSIM-SIC) akan mengadakan 1 Program Berbuka Puasa Bersama Anak² Yatim Rumah Sentuhan Budi tidak lama lagi.

Program ini akan diuruskan oleh 4 Zon yang berada di dalam SIC CENTRAL iaitu SIC SERNGIKAYANI, SIC GOMBAK KAKI, SIC KLANG VALLEY & SIC DAMANSARA CREW.

Butiran program ini adalah seperti di poster yang disediakan di bawah dan juga sedikit huraian berkenaan program.



 Lokasi :
Rumah Sentuhan Budi
No. 76-A, Jalan 5/12 D,
Kg. Sri Batu, batu 4 1/2,
Jalan Ipoh
51110 Kuala Lumpur

Tarikh :
4 Ogos 2012

Hari :
Sabtu

Masa :
5.00 petang hingga 9.45 malam

Meetpoint :
Akan ditentukan kemudian.

ATURCARA PROGRAM

5.00 petang – 5.15 petang
Ketibaan semua tetamu jemputan (Ahli-ahli KPPSIM)

5.15 petang – 5.45 petang
Bacaan Doa Selamat
Ucapan Presiden KPPSIM
Ucapan Pihak Pengurusan Rumah Sentuhan Budi

5.45 petang – 6.00 petang
Persembahan daripada anak-anak Rumah Sentuhan Budi

6.00 petang – 7.00 petang
Persiapan majlis berbuka puasa
(menghidang juadah makan & minum yang pihak KPPSIM telah sediakan)

7.30 malam
Berbuka puasa & solat fardu Maghrib berjemaah

8.30 malam
Solat fardu Isya’ dan solat Tarawih berjemaah
Selesai solat Tarawih sesi fotografi bersama anak-anak yatim Rumah Sentuhan Budi

9.45 malam
Bersurai

Dijemput seluruh warga KPPSIM untuk hadir sama memeriahkan program ini. Marilah kita luangkan masa sedikit untuk membuat amal kebajikan di bulan mulia ini Bulan Ramadhan Al Mubarak, semoga amalan kebajikan yang kita sama-sama lakukan ini diterimaNya..InsyaAllah…

Info mengenai Rumah Sentuhan Budi ini anda boleh dapatkan di link di bawah :
http://www.sentuhanbudi.org/v2/

Sebarang makluman akan saya update kan di sini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK MAKLUMAT DARI FORUM RASMI KPPSIM-SIC MALAYSIA

FACEBOOK RASMI KPPSIM-SIC MALAYSIA



Sekian, terima kasih.

Comments

BRO_MONDAY said…
Terima kasih ye abam fared tolong promosi dan hebah kan mengenai program ini..('',)
xde hal..sudah tanggungjawab saya sebagai S/U....

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...