![]() |
Alhamdulillah semalam(9/9/12)FPA ,isteri dan beberapa rakan telah menghadiri Program MerdekaRAYA SIC Pahang 2012 yang pada kali ini diadakan di Muadzam Shah yang diselenggarakan oleh SIC Kawasan Rompin-Muadzam Shah.
Konvoi kami bergerak dari meetpoint(Petronas Batu 12,Kuantan) pada jam 10.00 pagi dan tiba di Muadzam Shah pada jam 11:15pagi.Berikut FPA paparkan gambar-gambar FPA sepanjang program untuk tatapan rakan-rakan.
FPA bersama rakan-rakan Kuantan Crews yang sama-sama berkonvoi di Petronas Muadzam sebaik tiba di Muadzam sementara menunggu rakan-rakan dari Rompin,Keratong dan Jengka.
FPA menyampaikan ucapan kepada semua rakan-rakan SIC Pahang yang hadir."Keywords" pada hari semalam ialah "walau apa pun berlaku,kita sebagai 1 keluarga besar perlu bersatu,saling tolong menolong disamping menjaga nama baik kelab"...yang lain FPA sendiri pun dah tak ingat FPA cakap apa...ahaksss.....
FPA mewakili Admin SIC Pahang menyampaikan "duit raya" kepada anak-anak SIC Pahang.Seronok tengok anak-anak gembira dapat duit raya.
Sesi bergambar didalam dewan.Pelbagai karenah diaorang ni bila ajak bergambar...ahakss!!!
Kali ini bergambar dengan kereta pulak..laju je geng-geng ni...hehehhe..
Alhamdulillah akhirnya Program MerdekaRAYA SIC Pahang 2012 ini berjaya dilangsungkan dengan jayanya.Kepada semua yang terlibat FPA ucapkan jutaan terima kasih diatas komitmen semua.Semoga bertemu lagi dilain waktu di program-program akan datang."We Unite As A One Big family".
Comments