Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Tahniah wira dan wirawati UMP

Walaupun kedua dua pasukan lelaki dan wanita UMP tersingkir dari Kejohanan Futsal Liga Ipt Zon Timur 2013 namun FPA secara peribadi mengucapkan tahniah kepada semua pemain.Anda semua adalah wira dan wirawati UMP kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan ini. Dengan persiapan sederhana sebelum kejohanan,pencapaian ini dianggap cemerlang berbanding pasukan yang sudah menyertai sirkit sirkit lain sebelum ini. Semoga pengalaman ini memberi pengalaman bermakna kepada semua pemain untuk lebih cemerlang dikejohanan kejohanan akan datang.Semoga sukan di UMP akan menjadi antara penyumbang nama baik universiti dimata masyarakat.Maju lah Sukan Untuk Ump!!!Sukan kita Universiti kita!!! Published with Blogger-droid v2.0.10

Pasukan Futsal Lelaki Tersingkir

Gong Badak-Pasukan futsal lelaki UMP tersingkir dari kejohanan kali ini apabila hanya sekadar seri 2-2 menentang PMS sebentar tadi.Dengan keputusan itu UMP berada di tempat ke 3 kumpulan C berkongsi mata dengan PMS namun perbezaan gol melayakkan PMS ke pusingan kalah mati kejohanan. Kelekaan pada saat akhir membuatkan pemain UMP menggigit jari apabila PMS menjaringkan gol penyamaan 2 minit sebelum perlawanan berakhir.PMS akan mengiringi KK PAHANG ke pusingan seterusnya. Kini hanya pasukan wanita yang terus berjuang pada petang ini apabila menghadapi UKM dalam perlawanan terakhir kumpulan B kategori wanita dan hanya kemenangan yang akan membawa mereka ke pusingan seterusnya. Published with Blogger-droid v2.0.10

Gambar bersama pasukan futsal lelaki UMP

Published with Blogger-droid v2.0.10

UPDATE RESULT LIGA FUTSAL IPT(W)-UMP vs UNISZA

Gong Badak-Ump menghidupkan peluang untuk ke pusingan seterusnya kategori wanita Futsal IPT apabila berjaya menewaskan tuan rumah UNISZA dengan jaringan 3-1. Peluang untuk melangkah lebih jauh kita agak terbuka namun UMP perlu menghadapi ujian getir esok apabila berdepan pasukan elit UKM yang juga amat memerlukan kemenangan apabila tewas mengejut 1-2 kepada UTEM sebelum itu. Kumpulan B kategori wanita kini didahului oleh UTEM dengan 6 mata diikuti oleh UKM dan UMP dengan 3 mata namun UKM mendahului dengan perbezaan jaringan apabila menang 10-0 menentang UNISZA semalam. UMP hanya mempunyai satu jalan untuk melangkah ke pusingan seterusnya iaitu kemenangan sekaligus mencipta rekod cemerlang pada penampilan pertama mereka dalam kategori wanita.-FPA NEWS Published with Blogger-droid v2.0.10

Ya Allah...jadikan aku manusia yang bersyukur

Allah bagi nikmat sebagai pinjaman...DIA tarik sekejap pun kita dah rasa teruk sangat...tu belum tarik terus.... Ya Allah..jadikan aku manusia yang bersyukur.... Published with Blogger-droid v2.0.10

Morning Walk @ Unisza

Antara gambar ketika sesi "morning walk" memanaskan badan pagi tadi. Published with Blogger-droid v2.0.10

Aktiviti Kelab Permotoran Antara Pemangkin Perkembangan Sihat Golongan Belia

Assalamualaikum dan Salam Permotoran buat semua, Sedar atau tidak sedar,dalam kehidupan kita di negara bertuah Malaysia pada hari ini,perkembangan golongan belia adalah amat penting bagi memastikan generasi masa depan negara yang bakal mentadbir negara suatu hari nanti.Justeru itu,adalah penting untuk kita semua sebagai masyarakat untuk memastikan golongan belia pada hari ini seiring perkembangan sahsiah,jati diri,ekonomi dan ilmu. Pada hari ini juga kita dapat lihat bahawa kebanyakkan belia terutamanya Melayu lebih cenderung memilih aktiviti permotoran sebagai antara cabang hobi disamping minat terhadap automotif dan modifikasi kenderaan yang semakin hari semakin mendapat tempat dikalangan belia. Maka kini kelahiran kelab kelab berteraskan permotoran semakin bertambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Persoalannya,adakah golongan golongan belia yang menceburi bidang minat ini mendapat tunjuk ajar sewajarnya atau berada dilandasan yang betul untuk mewarisi masa depan berteraska...

UPDATE RESULT FUTSAL LIGA IPT 2013(W):UTEM(3)-(2)UMP

Unisza-Kekurangan pengalaman menjadi faktor permisah antara UTEM dan UMP apabila tewas 2-3 walaupun mendahului 2-0 pada awal permainan.Namun hilang tumpuan pada 5 minit terakhir menyebabkan mereka hilang 3 mata berharga. Untuk perlawanan seterusnya UMP akan menentang tuan rumah UNISZA pada jam 3.30 petang esok.Sebelum menentang UKM pada keesokkan hari dan UMP memerlukan kemenangan pada hari esok untuk menghidupkan peluang kepusingan seterusnya. *FPA NEWS Published with Blogger-droid v2.0.10

UPDATE LIGA FUTSAL IPT ZON TIMUR:LELAKI-UMK(1) VS (3)UMP

Alhamdulillah untuk perlawanan pertama pasukan lelaki petang tadi,pasukan UMP berjaya meraih 3 mata pertama dengan menewaskan UMK dengan jaringan 3-1. Pasukan wanita pula akan turun beraksi pada jam 8.40malam ini menentang UTEM.Semoga percubaan pertama UMP menghantar pasukan wanita pada kali ini memberikan pengalaman berguna untuk pemain.Wish u ollzz a luck..In Shaa Allah.. Published with Blogger-droid v2.0.10

Lama tak update

Assalamualaikum... Alhamdulillah setelah lama tak berkesempatan nak update blog kesayangan FPA ni..hari ni FPA sempat menjengah untuk menulis sepatah dua...hehehe...nantikan kisah pengalaman FPA di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah pada Mac lalu.... Tapi..., Sementara itu FPA akan cuba update blog ni sekerap mungkin...ok la...dah masuk maghrib..FPA solat dulu n pasni ase game untuk futsal wanita jam 8.40mlm...untuk makluman FPA sekarang di UNISZA Terengganu bagi menghadapi KEJOHANAN FUTSAL IPT ZON TIMUR. Jumpa lagi...wasalam.. Published with Blogger-droid v2.0.10

Bayangkan ianya terjadi kepada kita semalam...

Bayangkan hal ini terjadi pada kita semalam? Bagaimana dengan hari ini? Bagaimana pula esok dan masa depan? Kita hanya boleh bercerita tentang semalam kerana ianya sejarah tetapi kita masih belum pasti yang "hari ini" semuanya baik selagi "hari ini" belum menjadi "semalam".. Kita tidak mampu meramal hari "esok" kerana ianya suatu "misteri"... Kehidupan yang sempurna adalah bagaimana kita menghadapi semalam,menangani hari ini dan bersedia menghadapi hari esok... Pelan Simpanan Takaful MAA menyediakan tabungan simpanan serta perlindungan takaful yang melindungi diri dan keluarga.Hubungi saya untuk maklumat lanjut.