
Assalamualaikum dan Salam Permotoran buat semua,
Sedar atau tidak sedar,dalam kehidupan kita di negara bertuah Malaysia pada hari ini,perkembangan golongan belia adalah amat penting bagi memastikan generasi masa depan negara yang bakal mentadbir negara suatu hari nanti.Justeru itu,adalah penting untuk kita semua sebagai masyarakat untuk memastikan golongan belia pada hari ini seiring perkembangan sahsiah,jati diri,ekonomi dan ilmu.
Pada hari ini juga kita dapat lihat bahawa kebanyakkan belia terutamanya Melayu lebih cenderung memilih aktiviti permotoran sebagai antara cabang hobi disamping minat terhadap automotif dan modifikasi kenderaan yang semakin hari semakin mendapat tempat dikalangan belia.
Maka kini kelahiran kelab kelab berteraskan permotoran semakin bertambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Persoalannya,adakah golongan golongan belia yang menceburi bidang minat ini mendapat tunjuk ajar sewajarnya atau berada dilandasan yang betul untuk mewarisi masa depan berteraskan keperluan seperti sahsiah,jati diri,ekonomi dan ilmu.
Bagi menepati landasan menuju masa hadapan yang gemilang,adalah penting bagi kelab kelab permotoran yang semakin banyak wujud ini disalurkan kepada saluran yang betul dengan memberi panduan kepada pendaftaran kelab kelab ini secara sah melalui Pendaftaran Pertumbuhan(ROS),Pendaftaran Pertubuhan Belia(ROY),Pendaftaran Pesuruhjaya Sukan (ROSA) dan lain lain.Ianya penting kerana melalui pendaftaran melalui badan badan atau organisasi ini,kelab kelab ini sendiri dapat membentuk ahli ahli kelab melalui misi,visi dan hala tuju kelab tersebut.Ahli ahli juga secara tidak langsung akan dapat belajar kaedah mentadbir sebuah organisasi dan ianya adalah antara perkara penting bagi membentuk generasi pemimpin masa hadapan.
Pembangunan Sahsiah
Dan bagi melahirkan generasi pemimpin masa hadapan ciri yang cemerlang,ciri pembangunan yang patut ditekankan ialah pembangunan sahsiah.Sehubungan itu,penggiat penggiat kelab permotoran perlu bijak mengimbangi aktiviti aktiviti permotoran seperti autoshow,audioshow,drag dan lain lain dengan aktiviti berteraskan sahsiah supaya kita tidak akan kehilangan nilai teras kehidupan yang terpenting iaitu sahsiah.Melalui program program kemasyakatan,khidmat komuniti dan keagamaan ianya secara tidak langsung akan memupuk sahsiah yang baik kepada yang melibatkan diri dalam dunia permotoran ini.
Pembangunan Jati Diri
Pemimpin masa hadapan perlu mempunyai jati diri yang tinggi nilai dan cemerlang hasilnya.In Shaa Allah melalui pembangunan sahsiah yang diimbangi aktiviti aktiviti permotoran yang sihat dan positif maka lahirlah benih benih jati diri yang berkelas Super A.
Pembangunan Ekonomi
Bagaimana kelab permotoran boleh menyumbang kearah pembangunan ekonomi belia?
Pelbagai cara boleh digunakan oleh kelab permotoran bagi menjana ekonomi ahlinya seperti melalui penganjuran acara dan aktiviti permotoran yang diselitkan peluang peluang perniagaan kepada ahli ahli kelab.Namun ianya mungkin bersifat ONE OFF INCOME sahaja.
Antara cara yang semakin diguna pakai oleh beberapa kelab pada hari ini ialah dengan mendaftarkan sebuah syarikat diatas nama kelab dimana ahli ahli yang menyumbang modal perniagaan akan berpeluang memperolehi pulangan modal dan keuntungan berdasarkan jumlah perlaburan modal yang dikeluarkan.Antara jenis perniagaan yang boleh dijalankan ialah perniagaan aksesori kenderaan,cenderahati kelab,tshirt dan banyak lagi yang berkaitan permotoran.Namun begitu,perniagaan yang tidak berteraskan permotoran juga ada yang mencubanya.Disini kelab dan ahli akan melalui proses pembelajaran yang baik dari sudut pengurusan ekonomi.
Pembanguan Ilmu
Dengan jayanya pembangunan nilai teras seperti sahsiah,jati diri dan ekonomi secara tidak langsung ianya menyumbang kearah kejayaan pembangunan ilmu kepada penggiat penggiat permotoran ini.
Disamping nilai teras nilai teras yang perlu dititik beratkan satu lagi faktor yang perlu diberikan penekanan ialah perancangan perlindungan masa depan atau perlindungan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.Dengan aktiviti aktiviti permotoran yang kebiasaanya terdedah dengan risiko risiko berlakunya kemalangan,adalah penting bagi penggiat penggiat permotoran memahami betapa pentingnya perlindungan masa depan seperti insurans,simpanan takaful dan juga perlaburan jangka panjang.Ianya penting kerana ianya jaminan kepada penggiat penggiat kelab permotoran agar aktiviti,pembangunan yang dirancang untuk pembangunan belia masa hadapan ini tidak menjadi sia sia bila berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.
Dengan mengerti nilai teras nilai teras yang perlu ada kepada generasi akan datang,saya amat berharap bahawa suatu hari nanti penggiat penggiat kelab permotoran akan menjadi antara penyumbang kepada lahirnya pemimpin berkelas SUPER A dan cemerlang dunia dan akhirat.Besarlah harapan saya agar pandangan serong masyarakat terhadap penggiat penggiat kelab permotoran dapat dikikis dan golongan ini akan disanjung sebagai antara penyumbang yang membawa jutaan manfaat kepada negara.
Semoga aktiviti permotoran terus disokong oleh semua pihak..In Shaa Allah..
Ikhlas dari:
Farid Paduka Ali(FPA)
10 Mei 2013
1.36 pagi
Published with Blogger-droid v2.0.10
Comments