


Gong Badak-Ump menghidupkan peluang untuk ke pusingan seterusnya kategori wanita Futsal IPT apabila berjaya menewaskan tuan rumah UNISZA dengan jaringan 3-1.
Peluang untuk melangkah lebih jauh kita agak terbuka namun UMP perlu menghadapi ujian getir esok apabila berdepan pasukan elit UKM yang juga amat memerlukan kemenangan apabila tewas mengejut 1-2 kepada UTEM sebelum itu.
Kumpulan B kategori wanita kini didahului oleh UTEM dengan 6 mata diikuti oleh UKM dan UMP dengan 3 mata namun UKM mendahului dengan perbezaan jaringan apabila menang 10-0 menentang UNISZA semalam.
UMP hanya mempunyai satu jalan untuk melangkah ke pusingan seterusnya iaitu kemenangan sekaligus mencipta rekod cemerlang pada penampilan pertama mereka dalam kategori wanita.-FPA NEWS
Published with Blogger-droid v2.0.10
Comments