Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Sahabat karib??hurmm....

Ramai yang bertanya pada saya,siapa sahabat karib saya,sila namakan 1 nama? Maaf saya tidak dapat memberi walau 1 nama pun..sebabnya... Bukan saya TIADA sahabat karib,tetapi semua keluarga,saudara mara,rakan-rakan disekeliling kehidupan saya adalah sahabat karib saya...dari rakan2 sepermainan sejak kecil,rakan2 sepersekolahan,rakan2 zaman bujang,rakan2 sekerja,rakan2 sepejabat,rakan2 dalam SIC,rak an2 dalam PLOC,rakan2 dalam PKKP,rakan2 dalam pasukan bolasepak,rakan2 yang sama2 hidup dalam kehidupan bermasyarakat semuanya Sahabat Baik saya..semuanya saya anggap dan layan sebagai Keluarga saya...kenapa dan mengapa?bagi saya ianya mudah..bila saya menganggap kalian semua sebagai Keluarga saya..In Shaa Allah satu hari nanti kita akan benar2 menjadi satu keluarga..jika tidak didunia..sudah pasti diakhirat...semoga kita semua terus bersahabat seperti sebuah keluarga...UNITE!!!!

Al-Fatihah...hilangnya seorang sahabat

Semalam FPA dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa salah seorang ahli SIC Pahang hingga menyebabkan kematian.Sahabat FPA yang lebih dikenali dengan nama Ejan Jengka dikalangan rakan rakan SIC meninggal dunia ditempat kejadian akibat bertembung dengan sebuah lori tanah. FPA bersama beberapa rakan SIC Pahang sempat menziarah dan memberi penghormatan terakhir buat arwah sehingga arwah dikebumikan selepas mahgrib semalam.Al-fatihah buatmu sahabat..semoga ditempatkan dikalangan orang orang beriman.Amin..

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

Apa itu "ULTRAS"?

Assalamualaikum, Akhir akhir ini fenomena "ultras" makin kelihatan menghiasi dunia bolasepak tanah air kita.Apa itu ULTRAS?FPA bukan orang yang paling tepat menjawabnya namun disini FPA kongsikan artikel dari orang kuat Ultras Malaya.Semoga artikel ini dapat menjawab persoalan semua pihak yang bertanya. Jiwa ULTRAS Artikel dalam bahagian ini diambil dari laman sesawang sumber kegilaan ini semua, Ultras Malaya kerana merekalah yang selayaknya untuk berbicara soal jiwa seorang ultra. 1. Apakah itu Ultras 2. Curva 3. Corteo 4. Tifo 5. Capo 6. Flares dan bom asap 7. Bagaimana mengenal ultras 8. 4 teras ultras 9. Perbezaan ultras dan hooligans. 10. Kesimpulan

Bolehkah kanak kanak bersenam?

Bolehkah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun bersenam dan lakukan latihan bebanan? Telah sekian lama tersebar beberapa mitos. Antaranya senaman membuatkan kanak-kanak bantut. Sejauh mana kebenarannya? Di Malaysia, sebelum ini, pada awal tahun 2000, kalau anda perasan, ada satu syarat, iaitu gym tidak membenarkan mereka di bawah usia 16 tahun bersenam. Malaysia berada di zaman bila? Kemudian pada zaman Dato Azalina, isu ini telah dibawa dan diolah, boleh bersenam tetapi dengan bantuan jurulatih. Ketika itu program  FitKid  telah diperkenalkan dimana kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun pun boleh bersenam tetapi dengan perhatian pakar.

KECEDERAAN SUKAN

Apa itu kecederaan sukan atau  sport injury ? Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam. Bila sebut nama kecederaan sukan, bukan bermaksud untuk mereka yang bermain sukan sahaja, anda yang bersenam di rumah pun jika berlaku kecederaan dimasukkan dalam kategori yang sama. Kenapa berlaku kecederaan? Mungkin disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul, kejutan pada otot dan sebagainya. Entri hari ini, saya akan bercerita secara pendek tentang kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan atau bersenam. Boleh dikatakan, hampir semua yang saya jumpa setakat ini pernah rasa sakit otot. Anda pernah cedera?