
Tiada apa yg lebih bermakna dan membuat hati ini puas apabila melihat anak anak muda ini mampu melangkah sejauh ini dalam sesuatu kejohanan.Walaupun pasukan yang dibentuk ini bkn lah pasukan khas utk bolasepak pantai..malah kami hanya sempat berlatih 1 sesi sahaja di pantai namun kejayaan menjadi Naib Johan Bolasepak Pantai MASUM adalah satu pembakar semangat bagi pasukan ini.
Pasukan yg dibentuk utk Kelayakan Liga IPT ini mula berlatih awal April yg lalu mula menampakkan perkembangan positif setelah mula disatukan sejak tahun lepas.Dengan gabungan pemain lama dan baru insha Allah pasukan sedia ada akan sentiasa ada pelapisnya.
Semoga disiplin,kerjakeras,komitmen,semangat berpasukan dan kekeluargaan yg ada pada pasukan ini akan menjadi pemangkin kejayaan pasukan ini kelak..insha Allah..
Terima kasih juga kepada yang banyak menyokong selama ini terutama rakan2 jurulatih,teman2 dan pelajar2 UMP yg sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan pasukan dan bersama pasukan walau dimana kami berada.
Juga sejuta penghargaan kpd seluruh ahli keluarga terutama isteri tercintaNordila Abdullah yg cukup memahami kerja2 orang sukan ni yg adakalanya tiada masa untuk berhari minggu dan menghabiskan masa bersama malah sering ditinggalkan..inilah dunia org sukan..
Semoga pasukan ini terus maju jaya di masa hadapan...
Insha Allah..
#umpjr
#misi2015
#playmorelearnmore
Comments