KEMBALI
Kembaliku bukan kerana kuasa,
Kedatanganku bukan kerana jawatan,
Kepulanganku bukan kerana menidakkan hak yang lain,
Kembalinya aku sesungguhnya tidakku duga,
Kedatanganku sesungguhnya kerana nilai kekeluargaan ini,
Kepulanganku tidak pernah ku minta,
Aku sedar pasti ada yang tidak suka,
Aku akui pasti ada yang mengata,
Aku tahu ada hati yang terluka,
Telah ku cuba menolak secara baik,
Biar menasihat dan menegur dari luar kotak kepimpinan,
Ingin melihat generasi kepimpinan baru meneraju,
Namun permintaanku jua dinafikan,
Fahami aku..selami aku..
Pernahku akui letih dalam perjuangan ini,
Sentiasa dilema dalam menentukan langkah,
Para pejuang penerus perjuangan,
Bantulah aku kali ini..agar lahir pejuang baru yang mampu berkomitmen,
Tolonglah aku kali ini..dalamilah ilmu perjuangan ini..
Moga esok lusa kalian bisa berdiri sendiri..
Moga esok lusa kalian mampu melangkah sendiri..
Dan moga esok lusa kalian sudah bisa berlari sendiri..
Anggaplah kepulangan ini sebuah pusingan waktu..dimana aku tertinggal satu tugas penting..
Dimana aku terlupa meninggalkan sebuah pesanan..dimana aku pergi begitu sahaja tanpa pesan lebih setahun yang lalu..
Pejuang sekalian..masaku akan tiba jua..bermula kelmarin hingga entah bila..aku cuma diberi masa tambahan..
hanya masa pinjaman..
untuk diri ini meninggalkan pesan..meninggalkan panduan..
Saudara besarku pejuang sekalian..bantulah aku..dalami lah..selami lah..pelajari lah..fahami lah..
lagi cepat kalian mampu berdiri,melangkah dan terus berlari..lagi cepat diri ini berasa tenang..lagi cepat diri ini mampu tersenyum..lagi lena tidur malamku bersulam mimpi indah..
kerana kelibat ku tak segagah dulu..kerana langkahku tidak lagi sepantas dulu..
sampai masa ku pergi jua..dan sesungguhnya aku perlu bersedia untuk melihat kalian lebih bersedia...
mewarisi sebuah istana perjuangan..
berkongsi suka duka gembira dan hiba..cuma bezanya..tika itu kalian lah nahkodanya...
segeralah kalian untuk mempersiapkan diri..menjadi nahkoda perjuangan ini..
jangan terlewat walau sesaat..kerana jasad ini tidak lagi akan mengarah..kerana jari ini tidak lagi akan menunding..kerana tangan ini tidak lagi akan memimpin...
cuma..
bibir ini sentiasa akan menutur nasihat..
mata ini kan sentiasa memerhati..
telinga ini akan cuba sentiasa menjadi pendengar yang baik...
kerana...
kerana harapanku hanyalah satu..
kaliankan cepat berdiri,melangkah dan berlari dengan sendiri..
kerana bila tiba masanya kan ku lepaskan jua tanganku dari pimpinan tangan kalian..

Ikhlas dari,
Mohd Farid Bin Md Ali
13 Mei 2015
2.09am
Mohd Farid Bin Md Ali
13 Mei 2015
2.09am
Comments