Skip to main content

:::Tahniah kepada penganjur AGTT Official SIC Pahang 2015:::

Assalamualaikum dan Salam Permotoran buat semua,
Pertamanya..tahniah..tahniah dan tahniah kepada penganjur AGTT Official SIC Pahang 2015 di Pusat Rekreasi Pantai Balok pada siang tadi,segala persiapan dari awal hingga ke hari event berlangsung semuanya hampir sesempurna sekali.Tiada cacat celanya.Tabik spring saya bagi pada event management team terutamanya ahli ahli SIC Pahang Kuantan Crews.
Keduanya,ucapan terima kasih tak terhingga kepada para penaja dan agensi yang menyokong event ini terutamanya Kerajaan Negeri Pahang,Majlis Perbandaran Kuantan,Persatuan Gabungan Kelab Kereta Negeri Pahang,Bukit Gambang Resort City,Zero Carbon,Mutiara Karang Beach Resort,Lang Limo Audio,Fareast Cutting Stickers,orang orang persendirian dan semua yang menyumbang secara tak langsung bagi menjayakan event ini.Terus terang saya nyatakan saya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran event ini namun apa yang saya amati setengah hari berada dilokasi ianya cukup sempurna.




Seterusnya,buat seluruh ahli keluarga besar SIC Pahang yang hadir dari seluruh pelusuk negeri sama sama menyatakan perpaduan dalam mengeratkan silaturahim dalam event ini.Tahniah kalian semua hadir untuk sama-sama beriadah,berkongsi minat dan hobi disamping menunaikan tanggungjawab pada kelab melalui AGM yang dijalankan.
Terus terang saya tidak menduga sama sekali akan kembali dipilih menerajui kepimpinan SIC Pahang apabila telah melepaskan segala jawatan dalam kelab pada 2014.Namun sebaik sahaja diberi tanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan SIC Pahang 2015 beberapa perubahan dilakukan terutama perubahan sistem pemilihan daripada undian biasa kepada pencalonan dan undian daripada perwakilan kawasan.Namun keputusan pemilihan kali ini amat mengejutkan saya dan berkali juga saya nyatakan untuk menarik diri siang tadi namun tiada respon yang menyokong pendirian saya diterima.Lantas beberapa syarat terpaksa saya berikan terutamanya berkaitan komitmen saya terhadap kerja dan bisnes saya yang memungkinkan saya gagal memberikan komitmen terhadap event2 yang bakal dijalankan kelak,3 Naib Presiden yang ada adalah antara watak watak penting dalan struktur organisasi kali ini kerana selain daripada bakal bakal pelapis pentadbiran akan datang,mereka juga akan memangku tugas tugas saya sepanjang ketiadaan saya.Kawasan kawasan akan dibahagikan kepada 4 zon dimana setiap zon akan di pantau dan di ambil berat oleh 3 Naib Presiden dan Setiausaha.Insha Allah saya akan membantu dari segi pentadbiran dan khidmat nasihat serta pemantauan.Langkah ini perlu diambil bagi melatih serta melahirkan pimpinan masa hadapan yang lebih bersedia.Saya pun sudah berumur,sampai masanya saya pergi jua.

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua JK Tertinggi 2014-2015,anda semua telah menjalankan tugas dengan baik terutama sahabat saya,Mantan Presiden SIC Pahang 2014,saudara Amar Syakirin kerana telah menjaga dan mentadbir SIC Pahang dengan cukup baik sepanjang 2014.Hanya Allah yang mampu membalas jasamu sahabat.

Akhir kata,tugas mentadbir bukan tugas mudah malah bukan tugas saya seorang..ianya juga bukan tugas Jawatankuasa yang dilantik semata mata tetapi ianya adalah sebuah tanggungjawab bersama kerana kita adalah ahlinya.

Semoga bertemu lagi dilain waktu dan ketika..yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.

"We Unite As A One Big Family"

Mohd Farid Bin Md Ali
Pengerusi
KPPSIM-SIC MALAYSIA
CAWANGAN PAHANG
2015.



Keputusan Pemilihan JK Tertinggi SIC Pahang 2015
1. PRESIDEN :
CALON:
1.FARID PADUKA ALI(5 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
2.AMY ANA(1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
3.SHAH BENTONG(1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
4.SHAM (1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
PEMENANG:FARID PADUKA ALI

NAIB PRESIDEN 1:
CALON:
1.ZAM (1 UNDI DARI 24 UNDI PERWAKILAN)
2.BIDIN(6 UNDI DARI 24 UNDI PERWAKILAN)
3.AMY ANA(4 UNDI DARI 24 UNDI PERWAKILAN)
4.WAN ROMPIN(2 UNDI DARI 24 UNDI PERWAKILAN)
13 UNDI ROSAK KERANA YANG DICALONKAN TIDAK HADIR.
PEMENANG:
1.NAIB PRESIDEN 1:BIDIN
2.NAIB PRESIDEN 2:AMY ANA
3.NAIB PRESIDEN 3:WAN ROMPIN
SETIAUSA:
CALON
1.ZAM(1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
2.MAWAR(2 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
3.MIRUL(1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
4.ENA(1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
5.SANIE(1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
2 UNDI ROSAK KRN CALON TIDAK HADIR.
PEMENANG:MAWAR
PENOLONG S.U:
1.ZAM(1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
2.SANIE(2 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
3.HAFIZ IS(2 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
3 UNDI ROSAK KERANA CALON TIDAK HADIR.
PEMENANG:SANIE SAGA KUNING MENERUSI UNDIAN MAJORITI AHLI MESYUARAT.
BENDAHARI:
1.HAFIZ IS(5 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
3 UNDIAN ROSAK KERANA CALON TIDAK HADIR.
PEN.BENDAHARI:
1.MIRUL(1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
2.SHAM(2 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
3.HUDA(2 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
4.BOB(1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
5.ALI(1 UNDI DARI 8 PERWAKILAN)
SHAM MENANG MELALUI MAJORITI UNDI AHLI MESYUARAT.

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...