Assalamualaikum,
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret di The Kekunci ini.
Pada 25 April,Khamis lalu saya dan dua lagi rakan sempat menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif,Media Sosial dan Penerbitan yang diadakan di Perpustakaan UMP Pekan.
Bengkel ini dijalankan oleh tenaga pengajar yang tidak asing lagi di UMP iaitu seorang penulis yang sudah menulis dua belas buku beliau sendiri iaitu En.Hamka Kereta Mayat.
Banyak yang dipelajari sepanjang tempoh bengkel terutama bagaimana untuk peserta memulakan sesuatu penulisan terutama buku sendiri.Memandangkan menulis adalah minat saya sejak dibangku sekolah,bengkel ini secara tidak langsung menyemai kembali minat yang hampir terkubur ini.Bayangkan blog ini pun last post saya sebelum ke bengkel ini ialah pada 2017..kira kira 3 tahun yang lalu.
Memang dulu saya pernah bercita cita untuk menghasilkan buku sendiri melalui tulisan tulisan saya sebelum ini,namun dulu pengetahuan kurang berkenaan penerbitan menyebabkan segala karya saya sebelum ini hilang macam tu saja.
Syukur saya digerakkan hati untuk hadir ke bengkel ini dan insha Allah saya akan kembali menulis dan buah tangan pertama saya ialah sebuah coretan kenangan sepanjang saya menjadi jurulatih bolasepak yang akan cuba saya bukukan satu hari nanti yang diberi tajuk Aku Nak Jadi Guardiola.
Aku Nak Jadi Guardiola adalah sebuah coretan yang menghimpunkan detik detik pahit manis dari 2013 hingga 2016 saya menjadi jurulatih UMP FC.Ada beberapa detik dan dialog dialog yang cukup istimewa kepada saya sepanjang tempoh tersebut yang saya kenang sehingga sekarang.
Dan hari ini saya telah post chapter pertama Aku Nak Jadi Guardiola dengan sub tajuk berjudul Debut Pertama.Insha Allah dalam masa akan terdekat chapter dan sub tajuk seterusnya akan saya post kan lagi di blog dan fb The Kekunci.
Diharap rakan rakan dapat memberi review pada penulisan saya tersebut bagi meningkatkan lagi kemahiran menulis saya pada masa akan datang.
Akhir kalam,semoga berjumpa lagi di posting posting akan datang.
Assalamualaikum...

Comments