Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

:::5 LARANGAN SEMASA TIDUR:::

Manusia dapat bertahan 2 minggu tanpa makan, tetapi ha...nya bertahan 1 minggu saja tanpa rehat. Tidur adalah waktu istirehat yang sangat baik, dengan tidur organ-organ tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosakkan organ dan otak kita. 1. Jangan Tidur Pakai Jam Tangan Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya. 2. Jagan Tidur Pakai Coli (buat perempuan) Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara. 3. Jangan Tidur Bersama Handphone Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita 4. Jangan Tidur Dengan Make-Up Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas 5. Jangan Tidur Dengan Suami / Isteri Orang Ini kerana anda mungkin tidak akan bangun-bangun lagi.

:::Apa tandanya jika isteri anda call???:::

Kat sini FPA nak kongsikan sesuatu...sila tengok gambar nih... hehehe..maybe ada kebenarannya....just sharing....hehehe....

:::Info Berguna:Tanda-tanda terkena sihir:::

Berikut adalah tanda-tanda kena sihir yang perlu kita tahu,..Susah nak percaya tapi memang terjadi sampai ke hari ini,ada lagi segelintir manusia yang sanggup berbuat apa saja kerana dendam,kerana marah.Ada yang disihirkan sehingga meninggal dunia.Mungkin orang tu terlepas hukuman dunia tapi kena beringat Allah maha mengetahui segalanya.Kadang-kadang kita juga lupa jangan mudah menyakiti hati orang lain.Mungkin cara kita bercakap,perbuatan menimbulkan rasa dendam pada orang.Hati manusia sukar diduga kadang-kadang orang yang tidak disangka tu berdendam.Ada yang kena santau,ada yang diganggu makhluk halus ni.So aku nak kongsi antara tanda-tanda terkena sihir -TANDA PADA WAKTU TIDUR * Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusahpayah. * Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam. * Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup. * Mimpi yang sangat me...

:::Kisah Teladan:Kisah Ayah dan 3 anak:::

Assalamualaikum, Sambil2 FPA belek2 blog rakan2 blogger FPA terjumpa 1 kesah teladan yang boleh dijadikan pengajaran....izinkan FPA kongsikan bersama.... Kisah Ayah dan 3 Orang Anak… Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya Dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan. Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau se...

:::FPA dan isteri di Majlis Sambut Menantu Sepupu di Sungai TekamJerantut:::

Gambar diambil pada 22/10/11.

:::Batu:::

Sudah menjadi resmi manusia Ingin hidup seribu tahun lagi Seperti batu-batu Setulus putih hati Melihat kurniaan Tuhan Lihat batu-batu diiringan jalan Telanjang disinari dan dibasahi hujan Terbiar detik pagi Tangisan mengiringi Melihat anak kecil hadiri Sampai akhir nanti Batu sayang kau tak boleh berkata Semuanya kau lihat Walau kau tak bermata Terhiburlah dunia engkau dicipta Hingga akhir dunia Engkau kekal jua....

:::Gambar Pilihan Hari Ini:::

*Gambar sewaktu raptai penuh perarakan Hari Kemerdekaan......

:::Selamat ulangtahun penubuhan kepada SIC Bentong dan SIC Rompin:::

Assalamualaikum dan Salam Kekeluargaan Buat Semua, Sedar tak sedar kita telah memasuki bulan Oktober dimana ianya memberi petunjuk bahawa kita sudah menghampiri fasa penghujung tahun 2011.Begitu cepat waktu berlalu meninggalkan kita. Menyingkap fasa kedua tahun 2011 ini saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Penubuhan SIC Rompin dan SIC Bentong yang telah ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua cawangan yang bernaung dibawah SIC Pahang kerana telah berjaya membuka lembaran baru kepada pencinta-pencinta kereta nasional Proton Saga dan Iswara di kedua-dua daerah tersebut untuk mendaftar seterusnya menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan.Tahniah juga kepada kedua-dua daerah diatas perkembangan pesat penambahan ahli yang agak memberangsangkan sepanjang 2010-2011 dimana ianya sudah hampir mencecah jumlah keahlian yang sama dengan daerah-daerah yang lebih senior. Sempena ulangtahun penubuhan ini saya berharap nilai semangat kek...

:::Photoshot Otomania:Sekalung Penghargaan:::

Assalamualaikum dan Salam Kekeluargaan buat semua rakan-rakan, Dikesempatan ini walaupun agak terlewat 2 hari,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SIC Pahang diatas komitmen semua untuk hadir ke Sesi Photoshot Bersama Majalah Otomania & BBQ Silaturrahim SIC Pahang 2011 pada 09/10/11 baru-baru ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan daripada SIC N9 yang sudi hadir memeriahkan sesi pada kali ini. Sesungguhnya komitmen rakan-rakan yang hadir amat saya hargai kerana ianya amat diperlukan bagi memartabatkan kelab yang dicintai ini.Semoga usaha yang kita semua lakukan selama ini akan berjaya hendaknya. Dikesempatan ini saya selaku wakil tuan rumah ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam majlis kami.Moga bertemu lagi dilain masa. Sekian, "we unite as a one big family"

:::Sesi Photoshot bersama Majalah Otomania & BBQ Silaturahim SIC Pahang 2011:::

Assalamualaikum dan Salam Kekeluargaan buat semua, Assalamualaikum buat rakan-rakan seperjuangan, Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sesi Photoshoot KPPSIM-SIC Cawangan Pahang Bersama Majalah Otomania akan dijalankan pada 09/10/11 di ruang parkir Stadium Tertutup Sukpa,Indera Mahkota,Kuantan.Meetpoint dan jadual program adalah seperti berikut: Meetpoint : Taman Kerang(jam 12:30 tgh) Bergerak ke SUKPA:1:00 tgh. Sesi bermula : 1:30 pm Disamping itu,selepas sesi photoshoot tersebut,SIC Pahang akan mengadakan BBQ Silaturahim seperti keteatapan berikut: Tempat : Pantai Balok Masa : 4:00 petang- 09:30 malam Bayaran : RM15 seorang(bayaran meliputi makanan,sewaan tapak dan pengurusan tapak) Kanak2 6tahun keatas:RM5 Aktiviti:5:00-6:30ptg(perlawanan persahabatan bolasepak pantai)... Surau dan bilik mandi disediakan kepada yang ingin mandi selepas sesi photoshotdan sebelum bergerak pulang ke daerah masing-masing. Semoga dengan kehadiran semua rakan-rakan SIC Pahang dapat memeriahkan lagi progr...

:::Gambar Pilihan Hari Ini:::

Gambar pilihan hari ini saya nak kongsikan gambar ibu dan ayah kandung saya.Nanti ada masa saya kongsikan gambar ibu bapa yang membesarkan saya pulak...hehehe..seronok ada 2 mak 2 ayah ni..sekarang dah kawen ni ada 3 mak 3 ayah...korang ada???