Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Derita tulang dada mengecut

Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: September 12, 2012 KUANTAN – Ibu bapa mana yang tidak pilu dan mengalirkan air mata apabila setiap hari terpaksa melihat anak kecil mereka terpaksa menanggung derita akibat penyakit kronik. Begitu jua situasi yang dihadapi pasangan Mohd Faiz Amat Seroh dan Marliana Mahmud dari Felda Lepar Hilir 2, apabila bayi mereka, Muhamad Airiel Fauzan berusia enam bulan menderita penyakit tulang dada mengecut sejak dilahirkan.

Kereta KAMI Jiwa KAMI,Kereta KAMI Hidup KAMI,Kereta KAMI Nyawa Kelab KAMI!!

" Kami membantah cadangan penghapusan kereta-kereta lama melebihi 15 tahun...ini hak kami selaku pengguna-pengguna kereta nasional..malah kelab kami adalah kelab yang memperjuangkan kereta-kereta nasional dari model keluaran pertama iaitu Proton Saga dan Iswara yang rata-ratanya sudah melebihi 15 tahun..bagi kami kereta yang kami guna seharian ini ialah aset "Sejarah Kebanggaan Negara"...jangan biarkan generasi pertama kereta Nasional ini PUPUS!!"

Bersyukur sebab menang nombor ekor

Faizal B. Abdullah, bersyukur sebab dapat setel-kan hutang2 keliling pinggang guna duit menang nombor ekor... p/s: samada Faizal B. Abdullah memang wujud dalam artikel nih atau ini memang sindiket menggunakan nama orang Islam untuk menarik perhatian dan minat orang Islam untuk berjudi @ main nombor ekor... Wallahualam! salah satu strategi untuk menyesatkan orang Islam... kiriman gambor nih dari sorang rodong, risalah nih dia dapat kat depan umah di Kuantan... SUMBER  

KONVOI JALUR GEMILANG PKKKP @ MEDIA

Berikut FPA postkan keratan-keratan akhbar tempatan berkenaan Konvoi Jalur Gemilang Persatuan Kelab Kelab Kereta Pahang sempena Hari Malaysia 2012.

Semarak Hari Malaysia

KUANTAN 17 Sept. - Hari Malaysia disambut setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Hari bersejarah negara ini merupakan cuti umum di Sabah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri bagi Negeri Di Bawah Bayu itu. Biarpun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti umum di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai 2010, ia merupakan cuti umum di semua negeri di negara ini. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat untuk menyambut serta menyemarakkan hari penubuhan Malaysia tersebut. Menyedari hakikat tersebut, Majlis Belia Daerah (MBD) Kuantan menganjurkan Konvoi Kibar Jalur Gemilang Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri melibatkan 60 kereta dari Kelab Kereta Pahang, semalam. SUMBER

Kadet PTD maut, KSN arah henti aktiviti lasak

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform. Ini, katanya, berikutan insiden seorang kadet PTD, Aidy Hasmi Abu Hassan, yang meninggal dunia ketika menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.

Koleksi gambar FPA yang tidak pernah keluar FB

*FPA : Gambar-gambar ini diambil sewaktu FPA menghadiri "Malam    Mesra 1 Malaysia Majlis Belia Daerah Kuantan pada 17 April 2012 bertempat di Hotel Vistana Kuantan.

MB Pahang Meriahkan Sambutan Hari Raya UMP

Kuantan, 13 September – Kehadiran Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob memeriahkan sambutan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Universiti dalam suasana yang cukup ceria di hadapan perkarangan bangunan Canseleri Universiti Malaysia Pahang (UMP). Lebih 5000 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyerbu gerai yang menyediakan lebih 22 menu dan juadah hari raya yang antaranya ialah sup dan roti disediakan oleh Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta, Nasi Gulai Kawah (Bahagian Keselamatan), Lontong (Fakulti Sains & Teknologi Industri), Air Batu campur (Fakulti Kejuruteraan Pembuatan), Mee Kari (Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Cendol (Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) .

KAMI BANTAH FILEM "INNOCENCE OF MUSLIMS"!!!

Kami umat Islam membantah sekeras-kerasnya penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW. Sila klik Share! Ikhlas dari, -SIC PAHANG-Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia Cawangan Pahang http:// farid-paduka-ali.blogspot.c om/

Pelik..pelik dan amat pelik...

Pelik...amat pelik...bila objek,manusia lain DI HINA...terlalu banyak posting yang mengutuk...tapi bila ISLAM dan Rasulullah S.A.W..DIHINA..berapa kerat sahaja yang bersuara dan mengutuk?ini bukan soal politik atau kepentingan sapa-sapa pun..tapi soal kecintaan pada Islam dan Rasul yang sudah hampir PUPUS!!!Sam Bacile berjaya menghina Islam dan membuatkan umat Islam itu hanya diam membisu melihat hinaan itu...renungkan bersama termasuk diri sendiri...nauzubillah.. .

Jika ini realitinya wajarlah penyokong bolasepak Malaysia marah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. FPA bukan golongan bijak pandai dalam bolasepak untuk bercerita tentang bolasepak namun sebagai anak Malaysia yang meminati bolasepak dan menyokong bolasepak tempatan FPA rasa posting yang tidak seberapa ini boleh dijadikan renungan jugak kot.

Sekali lagi berlaku..kali kedua untuk minggu ini

KONVOI "JALUR GEMILANG' SEMPENA HARI MALAYSIA PKKKP 2012

Assalamualaikum, Adalah dimaklumkan PKKKP akan mengadakan "Konvoi Kibar Jalur Gemilang" sempena Hari Malaysia,Sambutan Ulang Tahun Pertama PKKKP dan Meraikan Raja Sehari pada 16 September 2012 ini melibatkan laluan Kuantan-Jenka 3 dan Bentong.Tentitif Program adalah seperti berikut:

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

Bangkit!!!

Sejak dua menjak ni selalu dengar lagu ni kat THR Gegar..search di internet lirik lagu nih..mmm..boleh tahan maksudnya..mendalam..jadi jom dengar..saja boring-boring BANGKIT(DJ Fuzz x Altimet x Salam) Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua Sakit pada luka kan pulih semula Bangkit

Selamat Hari Lahir Sayang...

  Assalamualaikum, Kepada isteri tercinta..diucapkan Selamat Hari Lahir Ke 26..semoga panjang umur murah rezeki dan berbahagia selalu..semoga apa yang dihajati akan ditunaikan oleh Allah..insya Allah...

DJ Bob Anaroka kemalangan

Assalamualaikum, Semalam (9/9/12) ketika Program MerdekaRAYA SIC Pahang FPA dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa sahabat cyber FPA yang juga seorang DJ di Cili FM iaitu DJ Bob Anaroka.Berita kemalangan ini disampaikan oleh DJ Lah Kukur ketika program sedang berlangsung. Walaupun belum pernah bersua muka,namun FPA sebelu ini kerap berbincang dengan DJ Bob berkaitan hubungan dua hala SIC Pahang dan stesyen Radio Internet kelolaannya.Untuk maklumat lanjut berikut FPA postkan berita yang diperolehi dari Fan Page Rasmi Cili FM.

FPA @ MerdekaRAYA SIC Pahang 2012

Assalamualaikum, Alhamdulillah semalam(9/9/12)FPA ,isteri dan beberapa rakan telah menghadiri Program MerdekaRAYA SIC Pahang 2012 yang pada kali ini diadakan di Muadzam Shah yang diselenggarakan oleh SIC Kawasan Rompin-Muadzam Shah. Konvoi kami bergerak dari meetpoint(Petronas Batu 12,Kuantan) pada jam 10.00 pagi dan tiba di Muadzam Shah pada jam 11:15pagi.Berikut FPA paparkan gambar-gambar FPA sepanjang program untuk tatapan rakan-rakan.

17 Jam Mayat Bersujud

PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.

SIC PAHANG "Saga dan AKU" Photo LIKE Contest

-SIC PAHANG-Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia Cawangan Pahang "Saga dan Aku" Photo Like Contest dianjurkan sempena ulangtahun ke 5 SIC PAHANG(SIC@KPPSIM-2117-09- PPG)CAWANGAN PAHANG pada 2012.Antara syarat pertandingan ini ialah: