Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

BUDAK TAKDIR

Assalamualaikum, 1st,saya nak bagi kredit pada pemilik asal kisah ni yang saya jumpa di fb pada 2016.Tidak tahu siapa pemilik asalnya. Di sebuah desa yang kecil, seorang anak muda bernama Aman tinggal bersama ayahnya yang rajin bekerja. Pada ketika dahulu, sewaktu Aman masih di tingkatan 1 dia bergaul dengan kawan² yang merokok. Suatu petang, Aman kantoi dengan ayahnya. Ayah: "Kenapa kau merokok Aman?? Ayah tak pernah ajar kau merokok" Aman: "Aman bukan minta untuk merokok ayah, tetapi ini sudah takdir Aman merokok." Ayah: "....Baik..." ============ 2 tahun kemudian, Aman kemalangan motosikal. Aman perlu bermalam di hospital 3 hari 2 malam. Ayah bergegas ke hospital melihat keadaan Aman. Ayah: "Kau bawak motor laju sangat Aman! Padanlah boleh kemalangan." Aman: "Bukan Aman minta untuk kemalangan Ayah. Kalau Aman bawa perlahan atau laju, Takdir tetap menentukan Aman kemalangan" Ayahnya berlalu meninggalkan Aman di hospital sendir...

Hampir Terkubur Tapi Masih Belum Di Kuburkan

Assalamualaikum, Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret di The Kekunci ini.   Pada 25 April,Khamis lalu saya dan dua lagi rakan sempat menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif,Media Sosial dan Penerbitan yang diadakan di Perpustakaan UMP Pekan.   Bengkel ini dijalankan oleh tenaga pengajar yang tidak asing lagi di UMP iaitu seorang penulis yang sudah menulis dua belas buku beliau sendiri iaitu En.Hamka Kereta Mayat.   Banyak yang dipelajari sepanjang tempoh bengkel terutama bagaimana untuk peserta memulakan sesuatu penulisan terutama buku sendiri.Memandangkan menulis adalah minat saya sejak dibangku sekolah,bengkel ini secara tidak langsung menyemai kembali minat yang hampir terkubur ini.Bayangkan blog ini pun last post saya sebelum ke bengkel ini ialah pada 2017..kira kira 3 tahun yang lalu.   Memang dulu saya pernah bercita cita untuk menghasilkan buku sendiri melalui tulisan tulisan saya sebelum ini,namun dulu pengetahuan kurang berkenaan pen...

AKU NAK JADI GUARDIOLA

[ Debut Pertama] 2013. Latihan di pada hari itu hanya dihadiri oleh dua belas daripada dua puluh lima pemain yang sepatutnya hadir.Komitmen kelas,briged,test dan exam sudah sebati dalam senarai alasan ketidakhadiran pemain ke padang latihan. Tanpa kelibat beberapa pemain utama yang lain,latihan petang ini kelihatan agak sunyi sepi.Sesi latihan terlalu menjadi formal seperti dalam kelas pembelajaran fakulti kejuruteraan kimia. “Ok guys pemain,hari ini memandangkan hanya dua belas orang yang hadir termasuk dua penjaga gol,kita akan buat latihan untuk meningkatkan lagi kemahiran awak semua disaat sebelum bola diterima,ketika bola diterima dan selepas bola diterima”terang ringkas jurulatih sebelum menyambung penerangannya lagi. “Saya nak sebelum bola dihantar kepada awak,bagi ruang kepada rakan yang sedang ada bola dikaki pilihan untuk dia buat pilihan melakukan hantaran.Ingat,pilihan mestilah lebih dari satu.Faham?” “Faham coach!!” jawab pemain secara serentak...

Lukisan,Ritma dan Puisi

Terbitan asal : 2 Mac 2018 Lukisan ini bukan sekadar kareografi tarian yang bakal disembahkan, Ritma ini pula bukan sekadar alunan rentak muzik yang bakal dilagukan, Puisi perjuangan yang di catit bukan pula sekadar bait bait kata indah penyedap telinga sebelum melangkah masuk ke pentas dansa, Kerana bolasepak itu berpasukan, Lukisan,ritma dan puisi memerlukan kesinambungan dengan penuh erti kata cinta, Cinta yang disulami dengan pengorbanan sepenuh jiwa, Jika disatukan dengan sepenuh cinta dan jiwa maka lukisan yang indah itu tarinya sempurna indah, Ritma yang merdu nyanyiannya menjadi semerdu buluh perindu, Puisi yang syahdu bukan lagi penyedap telinga, Malah suara pembakar semangat perjuangan di terjemahkan melaluinya... Percayalah bila dengan cinta dan jiwa,lukisan,ritma dan puisi disatukan maka bakal melahirkan sebuah kisah sejarah kelahiran sang juara.. Jika bukan juara dengan piala,Juara dihati yang lebih dibanggakan... #MyCoachingWorld #MyPassion #MyTeam #MyFamily #MyR...

Menang tapi Kalah

Ku melihat tawanya marhein disini, Tiada susuk jiwa dibelenggu keresahan, Mungkin sangka mereka kita merdeka kembali, Namun kita mungkin akan kembali menjadi jajahan..

Tersungkur

Bantu ketika dia tersungkur Sediakan bahu ketika dia menangis Tepuk Tangan ketika dia berjaya  Sebut namanya dalam doa kita  Bukan iri ketika dia dipuji orang  Bukan bahagia tika tahu saat dia sedih Bukan kecewa saat dia lebih maju Bukan tertawa saat dia menderita  Berteman lah dengan hati yang baik dan tulus ketika hatimu baik dan tulus percayalah Allah swt juga akan selalu bersama kita