Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Gambar sekitar Mesyuarat SIC Pahang Bil 01/11

Selamat Pengantin Baru...

Selamat pengantin Baru diucapkan kepada AJK SIC Kawasan Jengka,saudara Adi...

Satu perjalanan yang menarik dan mencabar...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua.. Semalam 30 Januari 2011 saya sempat bersama rakan-rakan SIC Pahang berkonvoi ke Majlis Perkahwinan AJK Jengkaiaitu saudara Adi.Perjalanan yang ditemani hujan lebat sepanjang jalan sememangnya begitu mencabar buat kami semua.Konvoi bermula dengan pergerakkan sebanyak 25 buah kereta daripada Rompin Crew dan Kuantan Crew yang bergerak ke Exit Chenor menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Setibanya di Exit Chenor,kami telah ditunggu oleh 19 buah kereta lagi sebelum meneruskan perjalanan ke Lepar Utara 1.Dalam perjalanan ke rumah pengantin kami disambut oleh 6 buah lagi kereta rakan ahli dan melengkapkan konvoi dengan jumlah 50 buah kereta dengan melalui dihadapan rumah pengantin dengan memberi lintas hormat kepada Raja Sehari....pehhh..rasa mcm lintas hormat hari merdeka pulak...pastu..ape lagi..makan lah...... Lepas makan,kami terus menuju ke dewan pejabat Felda Lepar Utara 1 bagi mengadakan mesyuarat pertama utk 2011 ini.... Selepas mesyua...

Hanya Orang Kaya Makan Maggi

"Bulan ini aku makan Maggi sahaja lah nampaknya, banyak duit habis sebab membeli barang untuk projek final year, " ujar pelajar kolej. "Tengah tengah bulan macam ini, Maggi menjadi makanan ruji aku," keluh pekerja kilang. Kedua kenyataan di atas menunjukkan Maggi, bahan makanan murah sekaligus dijadikan juadah utama di waktu poket kering. Teringat sewaktu belajar di institusi pengajian tinggi pada penghujung tahun 80 an, tiada mangkuk, tiada sudu. dan garpu. Koyakkan bahagian atas peket Maggi secara berhati-hati, curahkan air panas, tunggu 2 minit dan dimakan. Waktu itu Maggi di dalam mangkuk atau cawan belum berada di pasaran. Kini, Maggi turut dijadikan antara menu di kedai mamak. "Maggi goreng?," soal mamak. "Taruk telur goreng mata," pinta pelanggan. Sebungkus Maggi mengandungi 5 peket di Malaysia berharga kira-kira RM3. Maksudnya setiap satu berharga hanya 60 sen. Semua orang boleh makan. Itu di Malaysia, negara tumpah darah kita. Di Cambod...

TT Official SIC 2011

~PeTiPkAn tT OfFiCaL SIC 2011~ TaRiKh : 26hb FeBrUaRi 2011.. HaRi : SaBtU.. MaSa : 9.30PM.. LoKaSi : MeDaN SeleRa ArOmA MaRVeLLoUs..PuChOnG UtAmA..PuChoNg..SeLaNgOr DaRuL EhSaN.. MaP & KoOrDiNaT GaRMiN : http://lh5.ggpht.com/_XmUmVrG7p3w/TOoZL4Lz...0Marvellous.jpg AgEnDa :~ - KaUnTeR SeKsYeN BeRaMaS MeSRa DgN RaKaN2 AhLi BaRu & LaMa.. - KaUnTeR SeKsYeN CoLLeCtIoN YuRaN SIC & BoRaNg PeNyErTaAn.. - KaUnTeR SeKsYeN PeNyErAhAn KaD PeNgeNaLaN AhLi SiC DaRi WaKiL JaB. PeNdFtArAn SiC.. - KaUnTeR SeKsYeN RaDiO AmAtUr (SIC A.R.T).. - KaUnTeR SeKsYeN BeNgKeL & D.i.Y.. - KaUnTeR SeKsYeN DiGiTaL MaLL LoW, YaTt & SeDuT MeNyEdUt (BaWaK PoRtAbLe HaRdIsK & LaPtOp MeMaSiNg SeRtA pAsTiKaN BaTeri LapToP PeNuH MeNcUkUpI ~ PeSaNaN PeNaJa oLeH mshjohorean).. laugh.gif - KaUnTeR SeKsYeN UrUsNiAgA jUaL BeLi ZoN BeBaS CuKaI.. - KaUnTeR SeKsYeN PeLbAgAi.. ~~ SeMuA RaKaN2 DiJeMpUt HaDiR MeMeRiAhKaN KaUnTeR

Salam takziah...

Pelajar Malaysia meninggal nahas jalan raya di Padang BANDUNG 28 Jan. – Seorang pelajar Malaysia jurusan kedoktoran Universiti Andalas Padang meninggal dunia apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah motosikal lain di Padang, Sumatera Barat hari ini. S. Yagneswaran, 24, dari Klang, dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah hospital tempat dia menjalani latihan amali apabila kemalangan berlaku, namun masa kejadian belum dapat dipastikan. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar yang dihubungi di sini berkata, seorang rakan pelajar berkenaan yang membonceng motosikal Yagneswaran dilaporkan cuma mengalami kecederaan. Pembonceng itu ialah seorang warga tempatan. "Yagneswaran ialah pelajar persendirian Malaysia dalam bidang kedoktoran di tahun 4, Universiti Andalas. “Akibat kemalangan itu beliau mengalami kecederaan parah di kepala dan mayatnya sedang ditempatkan di Rumah Sakit M. Djamil, Padang,” kata...

Internet di mana-mana...

Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen. Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai. “Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi. “Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam. SUMBER:Kosmo!

Semuanya tentang aku..........

yeke?boleh percaye ke ni?

Budu Paduka!!!!!

Budu Paduka di pasaran..RM3 sebotol...

Perlawanan disiarkan secara langsung,pasukan dapat imbuhan...

FAM kaji bayaran penampilan pemain PETALING JAYA - Jika mendapat kelulusan pada mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Persatuan Bola Sepak (FAM) pada 13 Februari ini, setiap pasukan yang beraksi dalam perlawanan Liga Super yang disiarkan secara langsung di televisyen, akan menerima bayaran penampilan. Selain itu, satu lagi syor yang akan dibentangkan dalam mesyuarat yang bakal dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah nanti, iaitu kemungkinan setiap pasukan menerima imbuhan mengikut ranking terakhir masing-masing dalam tangga liga apabila berakhirnya saingan. Ini bermakna, pasukan tercorot yang menghuni tangga ke-14 liga pun tetap akan menerima bayaran mengikut skala yang ditetapkan. Jumlah imbuhan wang tunai yang diperuntukkan bagaimanapun tidak dinyatakan kerana ia masih di peringkat perancangan. Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa selaku Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, ia merupakan syor yang difikirkan baiknya untuk memberi ganjaran berdasarkan merit s...

Samurai pancung Park dan rakan-rakan

Jepun buat Korea terus kempunan DOHA - Juara Piala Asia 2004, Jepun menempah tiket ke perlawanan akhir apabila menyingkirkan seteru utama, Korea Selatan 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam 120 minit permainan. Penjaga gol, Eiji Kawashima muncul wira skuad Blue Samurai selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti Korea. Kegagalan Korea menyebabkan mereka terus kempunan meraih kejuaraan pertama semenjak tahun 1961 sementara Jepun berada di landasan memburu kejayaan kali keempat menjulang Piala Asia. - Agensi SUMBER:UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Taubat....

Selama ini aku, jauh dariMu Selama ini aku ingkar padaMu Begitu banyak dosa yang ku lakukan Hingga ku merasa diri penuh dosa Terkadang ku lupa Terkadang ku ingat Ku ingin diriku bertaubat Ampuni aku dari dosa-dosa Yang ku lakukan, padaMu, Ya AlLah Ampuni aku dari kesalahan Yang ku lakukan... PadaMu Ya AlLah.. Astagfirullah, AstagfirulLah., Ampuni aku... Ya Allah.

Adira AF VS Ramli Sarip!!!!

Akibat 1 kelas tak buat kerja sekolah...hahhaha

Gambar pilihan hari ini...hehehhe..larik!!!!!

Tolong Kutip.....

GAMBAR DARI UTUSAN MALAYSIA BERITA DARI HARIAN METRO: SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian. Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya ke dalam beg serta plastik dibawa. Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun ‘pemilik’ duit berkenaan berada di lokasi kejadian menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan selama lima minit bagi mengelak kejadian tidak diingini. Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati ada pengguna sanggup mempertaruhkan nyawa memungut sy...

Makin ramai yang dah gila????

Berikut tajuk berita yang mengatakan makin ramai orang jadi gila kat negara kita ni.... Bilangan pesakit mental meningkat PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009. "Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini semalam. Beliau berkata, untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihaknya akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di ...

Kerana 2 saat itu,aku masih bernyawa...

Kerana 2 saat itu aku masih bernyawa sekarang, Kerana 2 saat itu aku masih mampu mencoretkan sesuatu disini, Kerana 2 saat itu aku masih menikmati keindahan alam ciptaan Allah, Kerana 2 saat itu aku masih mampu berkata-kata, Dan, Kerana 2 saat itu aku masih mampu berjumpa keluargaku, Kerana 2 saat itu juga lah aku masih mampu bersua rakan taulan, Kerana 2 saat itu aku masih hidup, Kerana 2 saat itu aku masih mampu mencari rezeki, Sesungguhnya, 2 saat itu kurniaan Allah Swt, 2 saat itu menyedarkan aku tentang sesuatu, 2 saat itu mengingatkan aku kepada mati, 2 saat itu meyakinkan aku dengan Qada' dan Qadar, 2 saat itu akan membuat aku lebih berhati-hati.... Syukur kepadaMU Ya Allah kerana melindungi hambaMu ini dari segala keburukan...

Bas khas wanita dilancarkan

17/01/2011 6:36pm KUALA LUMPUR 17 Jan. - Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpilih. Ia meliputi lapan laluan baru di mana tujuh laluan telah diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lepas. Bas itu yang tertera perkataan Bas Wanita akan beroperasi sepenuhnya mulai esok dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang. - Bernama Sumber:Utusan Malaysia

Bas lagi...naya..naya...

Bas lagi??adoii..ni yang risau kalau naik bas ni sebab lately terlalu banyak berita bas kemalangan dan yang terbaru ialah yang saya baca dalam Utusan sebentar tadi.... Berikut saya postkan berita yang saya baca... Bas bawa pelajar UiTM terbalik, 6 cedera 17/01/2011 5:25pm IPOH 17 Jan. – Sebuah bas yang membawa seramai 35 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis terbalik dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 334, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tapah, dekat sini, awal pagi ini. Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, seramai enam pelajar mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan. SUMBER: Utusan Malaysia

Ketawa dan Air Mata

Ketawa dan airmata Itu sebenarnya cinta Kalau kau sedih pasti ku rasa Begitu sebaliknya Ku senang engkau cemburu Itu tanda kau sayangiku Baru kau takut kehilanganku Begitu juga aku Ku juga suka bila kau curiga Itu mengajarku erti setia Apa pun sikapmu aku terima Asalkan ada kebaikan Walaupun sering kau ku tinggalkan Itu tiada bermakna Kau ku abaikan Memang sesekali sikapmu Membuat aku jemu Hingga kau takku pedulikan Untuk menyedarkan Belum pernah ada cinta Di dalam kehidupan manusia Sepanjang masa bahagia Tanpa air mata...

My Top Ten Hot Friends....

thanks to alllzzz...u oll memang hotttzzzzzz......

Jom sokong blog saya

Salam to allzzz.. Dikesempatan ni saya ingin memohon jasa baik rakan-rakan untuk menyokong blog saya ini dengan memberikan komen serta menjadi follower blog saya melalui google friends connect dan FB.... Segala respon rakan-rakan terhadap blog saya amatlah saya hargai demi meningkatkan lagi blog saya dimasa akan datang.....

New Look on 17 January 2011

Hahahaha...my new look 4 today...macam tak percaya je....nak gelak pun ade..ape2 pun sebelum orang lain gelak..ai gelak dulu..hahahhaha....

Nasib baik tak kalah

Adoii...ngantuk plk mata pagi ni...malam tadi layan game EPL team yang paling ai sokoms iaitu Manchester United lwn Spurs.... 1st half still 0-0...game memang syok dgn aksi serang menyerang...2nd half plk rafael kene buang padang..adushh..memang teruk kena attck..nasib baik tak kalah je....anyway..tahniah Man U sebab still tak kalah... huhuhu..hope next game akan kembali menang lass..Glory!!Glory!!Glory!!!

Antara FB,Blog dan Forum...

Salam to allz.... Sebut saje pasal FB pada hari ini memang majoriti manusia dimuka bumi mempunyai FB sebagai penghubung antara sesama manusia.Tidak dinafikan FB pada hari ini adalah laman sosial yang paling berpengaruh dimuka bumi...hehhehe.. Beralih pada blog pula,kebanyakkan rakan-rakan aii sememangnya mempunyai blog peribadi.Ramai yang menggunakan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan dengan mempromosikan barangan jualan atau perniagaan mereka.Namun ramai juga yang menggunakan blog sebagai alat untuk meluahkan perasaan dengan mencoretkan apa saja yang terbuku dihati diblog peribadi mereka. Manakala forum pula ialah antara ruang sembang-bincang yang juga hangat digunakan pada masa kini.Ada pelbagai forum yang melibatkan pelbagai kategori perbincangan pada masa kini. Bagi ai,semua ketiga-tiga alat komunikasi siber ini digunakan oleh ai.Ai mempunyai FB yang menghubungkan ai dengan rakan-rakan ai iaitu Farid Paduka Ali.Ai juga ada blog yang ai gunakan untuk mencoretkan apa saja ...

Kenangan 2010: Perkara yang tidak difikirkan

Salam to allzz.... Sepanjang 2010,ada satu perkara yang memang tidak pernah saya fikir untuk melakukan...nak tahu tak apa dia? Untuk pengetahuan semua,perkara yang tidak pernah saya fikir untuk melakukan ialah bersenam robik...dan saya telah melakukan pertama kalinya dengan mengikuti Kursus Akreditasi Instruktur Senam Robik di UKM pada penghujung Disember 2010 yang lalu. Bukan saya tidak minat,cuma saya ni keras macam "kayu"..maklumlah tak pernah menari.Disini saya kongsikan serba sedikit gambar semasa kursus tersebut...

Harga kemerdekaan Palestin

Oleh KU SEMAN KU HUSSAIN RAKYAT Palestin memimpikan kemerdekaan selepas lebih enam dekad berjuang mempertahankan watan. Kenapa negara Islam tidak mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka? Itu antara persoalan penting apabila sebuah demi sebuah negara bukan Islam bangkit mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka. Adakah negara-negara Islam menunggu Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Palestin barulah negara Islam akan berbuat demikian? Palestin sewajarnya telah lama merdeka. Tetapi selepas negara itu diceroboh oleh Israel pada 15 Mei 1948, watan bagi rakyat Palestin sebahagiannya dirampas oleh Yahudi Israel. Kini Israel mahu menguasai semuanya dan Palestin menjadi warga yang tidak bernegara. Mereka berkelana di negara sendiri. Menteri Luar Palestin, Riad Malki baru- baru ini mengumumkan Pelan B bagi negara berkenaan iaitu melobi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September depan untuk mengiktirafkan kemerdekaan Palestin. Ini adalah perancangan pilihan sekiranya rundin...

Derita Nur Umairah berkepala besar

BALING - Semalam merupakan ulang tahun kelahirannya yang pertama namun Nur Umairah Mohd. Zaidi masih menanggung penderitaan apabila kepalanya terus membesar dan kini melebihi kepala orang dewasa. Secara kebetulan hari lahirnya jatuh pada hari Keputeraan Sultan Kedah menyebabkan Majlis Kebajikan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Baling di sini mengadakan majlis kesyukuran sebagai tanda prihatin kepada bayi berkenaan. Naib Pengerusinya, Hasliza Harun bersama anggota Mayang Zon Kuala Ketil meluangkan masa melihat keadaan bayi tersebut dan mengadakan majlis doa selamat. Walaupun sewaktu dilahirkan bayi ini mempunyai berat badan 3.9 kilogram namun penyakit dikenali sebagai Hidrosefalus menyukarkan dia bergerak. Anak ketiga pasangan Norbaizura Dol, 30, dan Mohd. Zaidi Abdul Rahman, 35, yang dilahirkan tanpa rongga hidung itu juga terpaksa minum susu menggunakan tiub. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. SUMBER:KOSMO! rasa sedih bila melihat gambar adik Nur Umairah dalam keadaan ...

Lagi bayi dibuang...kejamnya manusia..

Salam to allzz.. Saban hari makin banyak berita pembuangan bayi kita dengar...dan yang paling baru ai terbaca di berita terkini Utusan Malaysia. Nanti ai post dibawah artikel tersebut.Jelas sekarang ni gejala sosial dinegara kita ni makin meruncing hingga berita pembuangan bayi setiap hari menjadi tatapan kita semua...kasihanilah bayi-bayi tidak bersalah ini!!! Mayat bayi baru lahir ditemui dalam sungai 16/01/2011 4:57pm Oleh AZIZI MAJID JOHOR BAHRU 16 Jan. – Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam plastik dan terapung di sungai berhampiran Kampung Sungai Bakar Batu, Taman Perling, di sini hari ini. Mayat bayi malang itu ditemui dua kanak-kanak Orang Asli yang ketika itu sedang mandi di sungai tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah hari. Bayi yang masih bertali pusat itu dibungkus dalam plastik sebelum dipercayai dihanyutkan ke dalam sungai berkenaan. – Utusan SUMBER:Utusan Malaysia

Dah lama tak mandikan "dia"...

Sedar tak sedar dah lama ai tak mandikan "dia"...bila tengok balik petang semalam keadaan dia yang comot dengan debu sana sini tergerak hati ai untuk mandikan dia,sebab sebelah malam ai ada TT Malam Minggu bersama rakan-rakan SIC Pahang Rhodongs di Taman Kerang,Kuantan. Lantas ai pun ambil 2 baldi untuk memandikan "dia"...dgn span lembut,ai menggosok badan "dia" dengan penuh lemah lembut.Tersenyum sendiri bila tengok bahagian yang sebelum ini kotor berdebu menjadi berkilat. Perasaan puas hati bila dapat memandikan sendiri kereta kesayangan ai.Berbanding dengan menghantar ke car wash,walaupun sedikit memakan masa namun kepuasan tu memang betul-betul membuat kita menghargai kereta yang membawa kita ke hulu ke hilir selama ini.

Penghijrahan terbesar

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAKILAWATI ABD RAHMAN metahad@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali,33, yang mengaku penangan dadah yang diambil sejak 1997 memusnahkan hidup dan kariernya, memasuki pusat pemulihan kelolaan Pengasih sejak Isnin lalu. Enggan menuding jari kepada sesiapa, Radhi mengaku semua ini adalah silapnya. Dia tidak kuat melawan najis yang meragut banyak nyawa itu hinggalah berdepan musibah bertimpa-timpa tahun lalu. Dia tidak mahu tabiat buruknya itu mengecewakan anak tunggalnya, menyebabkan naluri meronta-ronta mahu melakukan penghijrahan terbesar da lam hidupnya. Berkat dorongan ramai dan atas rasa suka rela, Isnin lalu dia secara rasmi menjadi ahli keluarga baru Pengasih. “Saya nekad dan memandu sendiri ke Pengasih. Syukur, Allah SWT masih beri saya peluang berpijak dalam industri. Saya sifatkan ini peluang terakhir. “Sungguh... saya menyesal. Saya asyik ulang kesilapan sama dan sebagai bapa, ia tidak sepatutnya berlaku. Keg...

I Love her....

Kerana "along"...

Sedih dengan masyarakat hari ini..sanggup melakukan apa saja kerana wang...kerana ingin meminjam wang dengan along,anak isteri dicagarkan...bila gagal membayar anak isteri juga jadi mangsa... Berita ini saya baca di berita harian.. Korban isteri, anak bayar hutang along 2011/01/14 JOHOR BAHRU: Ada peminjam yang berhutang melebihi RM100,000 dengan along di negeri ini terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsaikan hutang. Ia adalah sebahagian daripada 100 laporan ancaman along terhadap peminjam yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta yang diterima oleh Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sepanjang tahun lalu. Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata selain merampas isteri atau anak perempuan, beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan berdepan risiko kehilangan perniagaan mereka selepas dijadikan cagaran kepada along. “Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak p...

Menarik...aneh...kreatif..

Salam to allzzz.. Kat sini saya ingin berkongsi sedikit gambar yang saya jumpa di forum SIC....gambar In Auto Restaurant di Klang... Cuba lihat,menarik bukan?

Generasi Bebas Jenayah..1 Matlamat,1 Harapan,1 Tanggungjawab Bersama...

Profile picture FB terbaru saya...jom bersama-sama menjadi Generasi Bebas Jenayah..."Bersama Membanteras Jenayah!!!

Teman terbaik FB ku...thanks...

Wahh...tak tahu nak ucap apa..hanya mampu ai ucapkan thanks pada semua rakan-rakan FB ai...thanks allzzzz......

AJK Jengka Bakal Raja Sehari

Salam to allzz.... Dikesempatan ini ai ingin menjemput seluruh warga SIC dan sahabat handai yang mengenali AJK Kawasan Jengka untuk hadir ke Majlis Menyambut Menantu beliau pada 30 Januari 2011 di Felda Lepar Utara,Bandar Jengka. SIC Pahang Rhodong's akan berkonvoi ke majlis ini.Sila hubungi wakil kawasan masing-masing untuk maklumat lanjut atau PM di FB ai untuk pengesahan penyertaan.Cabutan bertuah turut disediakan. Datang jangan tak datang...

Kembali menanam rambut

Salam to allzz.... Dalam entri kali ni ai nak kongsi keinginan ai untuk 2011 ni..ai ingin kembali mempunyai rambut..hahaha..agak lucu kan?? Serius ai katakan memang sudah terlalu lama ai tak mempunyai rambut sebab sebelum ni 2 minggu sekali memang ai botakkan kepala....jadi dikesempatan ni ai akan post sedikit gambar kenangan mempunyai rambut yang dah lama ditinggalkan..cuma untuk tahun ni feshen apa yang ai pilih belum ditentukan lagi... adioss.....

Penonton kemalangan boleh disaman - JKJR

13/01/2011 3:27pm KUALA LUMPUR 13 Jan -- Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh. Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1). "Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan. "Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil. "Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat ma...

Gelaran "Datuk" palsu,Ali Baharom mohon maaf

Sekarang ai nak kongsi satu berita dari Utusan Malaysia....ianya mengenai gelaran "Datuk" yang palsu yang mudah dibeli pada hari ini. ‘Maafkan saya...’ Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR syahrir.bakar@utusan.com.my KUALA LUMPUR 12 Jan. – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan. Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan. “Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000. “Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjua...

Pakai coli sebelum mati....

Memang kalau dilihat pada tajuk posting saya pada kali ini agak pelik dan mungkin yang kata posting saya agak lucah.Tapi ini lah realiti namun sedikit ganjil dan misteri.Kalau ianya berlaku kepada kaum hawa ianya tidaklah saya katakan pelik,ganjil atau misteri. Saya katakan begini ialah apabila terbaca satu berita di Kosmo!...anda semua boleh membacanya dibawah apabila saya akan posting sendiri berita tersebut.Yang menjadi persoalan kita ialah kenapa dia memakai coli atau soalan yang lebih relevan pada saya kepada kaum adam seperti ini ialah seronok sangat kah memakai coli?soalan yang sama seperti yang difikirkan oleh Mazidul Akmal Sidek. Berikut berita dari Kosmo!: Lelaki pakai coli maut jatuh kondo Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI zaini.hadi@kosmo.com.my MAYAT lelaki memakai coli yang terjatuh dari kondominium di Taman Datuk Senu, Sentul semalam. KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan misteri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12, Blok A, Sentul Utama Kondominium, ...

Jom cari tokek!!!

Tersenyum lebar ai bila baca paper Kosmo! mengenai tokek....rasa macam nak amik cuti balik kampung cari tokek kat kebun ayah je...... Berikut ai post artikel dari Kosmo!..... Tokek digilai pemburu haram Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI zaini.hadi@kosmo.com.my TOKEK yang menjadi kegilaan pemburu haram di negara ini kerana didakwa mampu merawat pelbagai penyakit. KUALA LUMPUR – Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek. Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor. Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan. Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia. Bayangkan, tokek pernah menjadi produk pern...

Pemain bola, jurulatih dapat saham RM50,000, wang RM15,000

PUTRAJAYA 12 Jan. – Kerajaan hari ini menganugerahkan insentif sebanyak RM50,000 dalam bentuk unit Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 serta wang tunai berjumlah RM15,000 kepada kesemua 25 pemain termasuk jurulatih pasukan Harimau Malaya yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 baru baru ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri pada majlis makan tengah hari yang turut dihadiri pasukan Bawah 23 Tahun itu di Seri Perdana sebentar tadi. – Utusan

Pertemuan Bloggers 2011

Lokasi : Putra Sayang Resort, Pengkalan Balak, Melaka. Tarikh : 12 Februari 2011 ( Semalaman ) Sila rujuk laman web berikut Putra Sayang Resort. Pada masa sama hubungi pemilik resort, Datuk Yunos di talian 019 389 4196 untuk membuat tempahan bilik bersesuaian. Selepas itu sahkan kehadiran anda di sini. Tempat terhad, first come first serve basis. Terima kasih. Maklumat diperolehi dari blob Mazidul Akmal Sidek.Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.mazidulakmal.com

Unleashed 2011 .... Powering the Body,Empowering the Mind!

Time : Saturday, January 22 · 8:00am - 5:00pm Location : Bukit Jalil Golf & Country Resort Jalan 3/155B Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia More Info : One day fitness convention - Six (6) exclusive, fresh and groovy exercise sessions back to back, conducted by six (6) superstar instructors ! Best fitness event of the year !!! FEES : RM150.00 * (Lunch & refreshments provided) DISCOUNTS :> 1- Lucky Dozen group rate - for every group of 12 participants, the 12th person gets in FREE ! So HURRY !! Limited spaces available... Closing date : 15th January 2010 What are you waiting for ??? Send us an email or text message with your name, mailing address, contact nos and email so we can rush a copy of the registration form to you ASAP ! Text/call us NOW : 0194497067 / 0133104868 / 0123696790 Email : tnfitwrk@hotmail.com