Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

::: Gambar-gambar FPA @ TT Bermaafan SIC Pahang Kuantan Crew :::

Serba sedikit gambar FPA semasa TT Bermaafan SIC Pahang Kuantan Crew..gambar yang lain blh tengok FB...tenet slow..xleh nak upload

::: TT Bermaafan Sempena Syawal KPPSIM-SIC Pahang Kuantan Crew :::

Assalamualaikum dan Salam SIC, Jemputan kepada semua rakan-rakan SIC Kuantan Crew untuk hadir ke TT Bermaafan Sempena Syawal seperti ketetapan berikut : Tarikh : 26 Ogos 2011 Masa : 10:00 malam Lokasi : Jungle Foodcourt Indera Mahkota,Kuantan Dijemput semua Legends-legends,otai-otai dan para nubis untuk hadir saling bermaafan sempena Syawal yang bakal menjelma. Saya menanti anda semua...

::: Antara kek coklat,tat nenas dan ragam Sang Oren :::

Semalam..25 Ogos 2011 dah berlalu dengan pelbagai perkara...Sang Oren dengan ragamnya...rasa sedeyy pun ada..huhuhu.. Pada saat entri ni ditulis,aku masih setia di depan HP Mini aku ni..menemani isteri tercinta menyiapkan tempahan kek coklat disamping membuat tat nenas untuk santapan sendiri di hari raya..Pehhh..kagum aku tengok isteri wat bermacam-macam kerja dalam 1 masa...kesian pun ada.. Bantu???apa la yang aku boleh bantu...nak tolong buat kek??nanti tak pasal-pasal jadi batu bata...nak tolong buat tat nenas,nanti silap-silap jadi pokok nenas...adoii..nak buat apa erkk??? Jadi aku hanya tolong tengok-tengok dan tolong hantar kek-kek tersebut kepada pembeli-pembeli lepas jumaat esok...nasib baik ambil cuti esok..boleh gi hantar kek sambil gunting rambut dan ke bengkel kereta.... Tapi apa yang pasti..pada tika dan saat ni..meleleh air liur aku tengok kek coklat dan tat nenas yang tengah dalam proses namun bila memikirkan ragam Sang Oren rasa x sabar nak tunggu pagi..si...

::: SIC Pahang dalam Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-54 :::

Malam tadi aku sempat menghadiri Mesyuarat Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Negeri Pahang di Kompleks Belia & Sukan Pahang apabila dijemput oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri dan Majlis Belia Daerah Kuantan. Mula-mula sedikit suprise apabila SIC Pahang dijemput sama-sama dalam perbarisan bersama beberapa kelab lain bagi memartabatkan kereta keluaran negara.Bersama beberapa kelab kereta berjenama Proton yang lain,SIC Pahang diberi slot sebanyak 6 buah bagi mewakili Kontijen Belia Pahang dalam perarakan itu nanti. Timbul sedikit rasa bangga apabila SIC akan dapat melakukan lintas hormat dihadapan pentas VIP dan Pentas Diraja pada 16 September iu nanti.Sudah pasti ianya secara tidak langsung mempromosikan lagi SIC Pahang kepada masyarakat setempat. Alhamdulillah usaha Admin SIC Pahang untuk terus mempromosikan SIC Pahang kini berada dilandasan yang tepat apabila turut dijemput ke sesi photoshot Majalah Otomania 2 hari kemudian.Ianya merupakan satu pengh...

::: Sang Oren meragam menjelang Syawal :::

Adoiii...menjelang Syawal sekali lagi Sang Orenku buat hal.Sejak petang tadi asyik mati je bila tukar gear..pastu semput-semput...adoiii...banyak yang boleh dirumuskan penyakitnya...sama ada klac dah habis atau kaburator bermasalah atau distributor yang problem...antara yang paling aku risau seandainya klac yang habis sebab kosnya agak tinggi berbanding yang lain... Apa-apa pun esok kene bawk Sang Oren gi klinik..jumpa doktor..biar doktor yang merawatnya..hope xla serius sangat penyakitnya kali ini..adusss..bulan pose kali ni banyak sangat dia sakit...plzzz la Oren..dah dapat baju raya takkan nk meragam lagi...sabtu ni kita dah nak balik kampung...jangan la macam-macam....huhuhu...

::: Kuala Rompin in minds..:::

Lagi koleksi gambar-gambar Kuala Rompin yang FPA download dari internet.

:::Alamak...sekali dia ber 'bra' di bonet keretaku:::

adoiiii...berair hidung tengok...pakai 'bra' duk atas bonet kereta aku!!!! hahaha...jangan marah....Selamat hari raya semua...peace!!!

::: Tembikai ganti lampin:::

hehehe..tajuk entri bikin gempak je kan???sebenarnya tajuk entri ni FPA letak berdasarkan gambar menarik pilihan FPA pada hari ini...tengok la erk...

:::Tempat jatuh lagikan dikenang:::

Melihat pada gambar-gambar diatas yang FPA dapat dari sumber-sumber internet membuatkan rasa kerinduan pada zaman kanak-kanak disaat membesar di daerah bernama Kuala Rompin. Seluruh pelusuk daerah diterjah pada ketika itu...Bandar Lama,Sungai Kolek,mandi alur di Tanjung Seratus,terjun tirup di jeti..semuanya FPA lalui dengan penuh kegembiraan.Menempuhi zaman kenakalan kanak-kanak..kebun tembikai Sepakat Barat,Astaka Padang MDR antara beberapa kata kunci dan lokasi yang meninggalkan berjuta kenangan indah buat FPA. Namun Kuala Rompin tidak dapat lari dari arus pembangunan yang serba sedikit telah mengghaibkan beberapa tempat kenangan buat FPA dan rakan-rakan sepermainan yang senakalan... Pada Syawal Ke-4 nanti,Insya Allah FPA akan sekali lagi menjejakan kaki ke bumi kelahiran FPA yang penuh kenangan iaitu Kuala Rompin...semoga terus menjadi daerah yang terbaik dalam hidupku... **komen dari para pengunjung amat dihargai bagi memantapkan lagi blog ini.

::: Aku dan roda empatku :::

Lama sudah FPA tak kongsikan cerita hujung minggu FPA...jadi kali ni FPA nak kongsikan gambar=gambar semasa berkonvoi ke Rompin untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa SIC Pahang... Ni serba sedikit gambar yang sempat FPA postkan..untuk seterusnya tunggu esok erk....ni gambar sepanjang konvoi...tengah makan-makan...tunggu next tauuuu... Ape lagi kawan2..komen la sikit.....

:::Salam Aidilfitri buat semua:::

Assalamualaikum buat semua.. Syukur kehadrat ilahi saya masih dibekalkan nyawa untuk terus menikmati kehidupan dimuka bumi pinjamanNya ini. Sedar tak sedar kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan dan bakal merayakan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada semua sanak saudara,rakan sekerja,teman sepermainan,rakan-rakan KPPSIM-SIC.rakan-rakan FB,teman-teman blogger dan semua yang mengenali diri saya dengan ucapan Maaf Zahir Batin,maafkan seandainya ada salah dan silap. Kepada saudara mara dan ahli keluarga maafkan sekiranya ada tutur kata dan perbuatan yang menyinggung semua.Moga kehadiran syawal ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kita. Dan kepada rakan sekerja,sesungguhnya kita tidak dapat lari dari perselisihan faham dan pendapat dalam memastikan khidmat terbaik kepada tanggungjawab yang diberikan.Maafkan segala keterlanjuran kata dan perbuatan diri ini sekiranya ada ...

:::Jom la LIKE :::

Jom arr kawan-kawan...FPA nak ajak LIKE 2 page ni...jom arr... Untuk Page KPPSIM-SIC Cawangan Pahang , SILA KLIK Untuk Page DNF Maju Enterprise, SILA KLIK

:::Sedikit perubahan ceritanya tetap sama:::

Wah...macam menarik je tajuk posting FPA pada kali ini...kenapa erk?apa maksudnya?sebenarnya bermula hari ini 23 Ogos 2011 ada sedikit perubahan pada Blog FPA dimana banner blog ini telah ditukar kepada yang lebih membawa imej terkini FPA... Namun begitu..tiada perubahan pada dasar dan hala tuju blog ini selain daripada menyampaikan apa yang berlaku dalam kehidupan FPA dalam seharian..semuanya tentang diriku disini.... Kepada pengunjung-pengunjung blog ini..hope enjoy...

:::Sekalung Penghargaan:::

Assalamualaikum... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan SIC Rompin Crew diatas kejayaan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa KPPSIM-SIC Pahang pada 20 Ogos 2011 baru-baru ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dari SIC Segamat,SIC Keratong dan SIC Mersing diatas kesudian hadir memeriahkan majlis ini.Semoga ikatan persahabatan antara kedua-dua belah pihak terus mantap dan berkekalan sampai bila-bila. Kepada seluruh warga SIC Pahang yang hadir,terima kasih dan tahniah kepada semua..anda semua memang terbaik...semoga semangat kekeluargaan yang terjalin antara kita semua menjadi pemangkin kearah kejayaan yang lebih gemilang. Akhir kata,semoga SIC Pahang terus gemilang dengan aktiviti yang lebih baik pada masa hadapan.

:::FPA @ Majlis Berbuka Puasa SIC Pahang 2011:::

gambar-gambar FPA semasa TT Berbuka Puasa SIC Pahang @ Kuala Rompin...untuk lebih gambar leh terjah FB FPA

:::Dulu Kini dan Selamanya:::

Dulu..kita tak pernah mengenali, Dulu..kita tak pernah bertegur sapa, Dulu..kita tak pernah bersalam, Dulu..kita tak pernah bergurau senda, Dulu..kita tak pernah bantu membantu, Dulu..kita tak pernah berkongsi ilmu, Dulu..kita tak pernah makan dan minum bersama, Dulu..kita bukan dalam satu saf yang sama, Dulu..kau-kau..aku-aku, Dulu..semuanya tak pernah kita kongsi bersama.... Kini..kita saling mengenali... Kini..kita saling bertegur sapa.. Kini..kita akan sering kali bersalam.. Kini..kita tak lekang dari gurau senda.. Kini..yang susah pasti kita bantu.. Kini..kita selalu berkongsi ilmu.. Kini..makan dan minum kita kerap bersama.. Kini..kita dalam satu saf.. Kini..tiada lagi kau-kau..aku-aku... Kini..hampir semuanya kita kongsi bersama.. Namun.. Adakah kita akan saling mengenali selamanya? Adakah kita akan saling bertegur selamanya? Adakah kita akan sering bersalam selamanya? Adakah kita akan bergurau senda selamanya? Adakah kita akan bantu membantu s...

:::Lagi Agenda Tersembunyi Musuh Islam:::

SUMBER DIPEROLEHI dari rakan blogger di SAHABAT BLOGGER (SB) : PERHATIAN !!! 1. Cuba Anda Buka Mane- Mane Blog Kawan Anda .... ...Contoh : zzzzz. blogspot. com 2. Kemudian , Buka Semula Blog Kawan Anda Itu, Tapi Dengan Membuang Huruf 's' Pada Perkataan Blogspot Contoh : zzzzz. blogpot.com Apa yang terjadi? Licik betul mereka ni.... .. Sebarkan...

:::Sesuatu yang telahku tinggalkan:::

Rindu memang rindu...namun aku terpaksa meninggalkan ketagihan ini kerna kesibukkan....terpaksa korbankan sesuatu untuk sesuatu..nak tahu apa dia???tak perlu diceritakan...cukuplah dengan meletak gambar-gambar dibawah.......

:::Bukan tak berkesempatan:::

Assalamualaikum... Sedar tak sedar dah 11 hari berpuasa namun kali ni belum sekali aku dan isteri berbuka diluar.Bukan sibuk atau ada tuntutan lain...tapi kami lebih selesa berbuka dirumah...menikmati masakan isteri...kuih muih yang dihidangkan membuat kami kalau boleh berbuka dirumah sahaja. Insya Allah jika tiada aral melintang aku dan isteri akan melangkau kebiasaan itu untuk melakukan sesuatu yang luar biasa bagi kami iaitu berbuka diatas padang berhampiran Masjid Negeri.Macam mana rasanya erk???tak pernah terfikir pun nak melakukannya tetapi bila melihat ramai rakan-rakan yang dah pergi..teringin jugak...huhuhu...maybe esok kot... Faktor kenaikkan harga barangan dan makanan juga antara faktor mengapa aku lebih rela berbuka dirumah... Apa-apa pun Ramadhan kali ini agak berlaianan dari tahun yang sudah....kenapa?aku pun tak pasti...tapi yang nyatanya banyak sekali kelainannya.....

:::Cinta Tak Harus Memiliki:::

cinta memang tak selamanya bisa indah cinta juga bisa berubah jadi sakit begitu yang ku rasakan kini perih hatiku tinggal kehancuran tak pernah terbayangkan dan tak pernah terpikirkan cintamu dan cintaku akan berpisah namun harus ku relakan itu untuk hidupmu agar lebih baik reff: maafkan aku setulus hatimu kepergian diriku itu bukan keinginanku terima saja dengan pilihan yang lain dari orang tuamu jangan bersedih dengan keadaan ini jika kamu menangis aku juga ikut menangis terima saja semua ini ku lakukan untukmu sayang, semua ini ku lakukan hanya demi kebaikan kamu meski semua ini itu menyakitkanku repeat reff jangan bersedih dengan keadaan ini jika kamu menangis aku juga ikut menangis terima saja semua ini ku lakukan terima saja semua ini ku lakukan untukmu

:::Disaat Aku Menyintaimu:::

Mengapa kau pergi Mengapa kau pergi Di saat aku mulai mencintaimu Berharap engkau jadi kekasih hatiku Malah kau pergi jauh dari hidupku Menyendiri lagi Menyendiri lagi Di saat kau tinggalkan diriku pergi Tak pernah ada yang menghiasi hariku Di saat aku terbangun dari tidurku Aku inginkan dirimu Datang dan temui aku Kan ku katakan padamu Aku sangat mencintai dirimu Aku inginkan dirimu Datang dan temui aku Kan ku katakan padamu Aku sangat mencinta Menyendiri lagi Menyendiri lagi Di saat kau tinggalkan diriku pergi Tak pernah ada yang menghiasi hariku Di saat aku terbangun dari tidurku Aku inginkan dirimu Datang dan temui aku Kan ku katakan padamu Aku sangat mencintai dirimu Aku inginkan dirimu Datang dan temui aku Kan ku katakan padamu Aku sangat mencinta Semoga engkau kan mengerti Tentang perasaan ini Maaf ku telah terbuai Akan indahnya cinta Maaf sungguh ku tak bisa Untuk kembali padamu Maaf ku telah ...

:::Tak Ku Sangka..Tak Ku Duga:::

malam... ku tidur tak lena teringatkan dirimu terimbas kembali kenangan lalu alangkah indahnya bersamamu mengalir air mataku menemani malam sepiku ku rindu saat bersamamu sukarnya ku untuk melupakanmu dahulu engkau berikan cinta mengapa kini engkau berubah manakah janji akan setia menanti jikalau engkau tak lagi cinta katakan saja aku tak kisah dari kau terus membuat ku menunggu tak ku sangka tak ku duga perpisahan yang akan melanda dah ku cuba pertahankan namun dirimu pergi jua cintamu bagaikan rembulan yang hadir bila malam menjelang kau hilang bila siang mendatang begitulah sikap mu oh syg kau lontar cintaku ditepian ku bagaikan hanyut di lautan yang lemas di dalam percintaan dipukul gelombang keresahan ~dahulu engkau berikan cinta mengapa kini engkau berubah manakah janji akan setia menanti jikalau engkau tak lagi cinta katakan saja aku tak kisah dari kau terus membuat ku menunggu tak ku sangka tak ku duga perpisahan yang a...

:::Kegemaranku:::

masuk je bulan ramadhan pasti aku mencari-cari kueh ni....nak tahu ape dia...kueh tu adalah Puding Gula Hangus....dulu masa bujang-bujang memang my mother selalu buatkan....sekarang dah kawen...my wife pulak buat kan....memang terbaek la...ingat hari ni nak makan banyak-banyak la..sebab semalam tak sempat nak makan...dah habis... pada sape2 yang nak rasa..leh dapatkan special punye di bazar ramadhan Inderapura,Kuantan...Rm1.50 sepotong...murah tau...mai laa.....

:::Raya Tak Jadi?????:::

Sinopsis Raya Tak Jadi. Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada penghujung Ramadhan, dua adik beradik telah menemui seorang lelaki misteri di dalam bonet teksi mereka. Selepas menyedari yang lelaki itu adalah Penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang telah diculik oleh seorang usahawan kurma, kedua-dua adik beradik ini perlu memberanikan diri dan mengatasi penculik tersebut sebelum keluarga mereka dianiaya.

:::Filem Hantu Bonceng....Keluar Panggung Aidilfitri Ini!!!:::

Sempena sambutan Aidilfitri dan sambutan bulan kemerdekaan, Hantu Bonceng (HB), lakonan hebat Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz dan ramai lagi, bakal memeriahkan sambutan musim berkenaan. Hantu Bonceng merupakan filem kelima terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Filem yang berkisarkan kisah seorang pemuda bernama Amran yang gemar berlumba motor drag secara haram. Konflik bermula apabila gadis Bohsia iaitu Maya yang dimenanginya dalam sebuah perlumbaan haram terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia setelah dibonceng oleh Amran. Sejak kejadian itu hidup Amran tidak tenteram kerana sering diganggu oleh hantu Maya yang meminta supaya mayatnya disempurnakan. Amran meminta bantuan kekasihnya, Halimaton serta rakannya Kunyit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Apakah yang bakal berlaku seterusnya kepada Amran? Nantikan tayangan filem komedi yang bakal membuatkan anda pecah perut ini di pawagam ...

::::Pelik....Kucing miliki tompok seperti misai Hitler:::

GODMANCHESTER, Britain - Seekor anak kucing diberi nama jolokan Kitler kerana haiwan itu mempunyai tompok hitam di bawah hidung yang menyebabkan ia kelihatan mirip misai bekas pemimpin Nazi dari Jerman, Adolf Hitler. Anak kucing itu ditinggalkan di tepi sebatang jalan raya dan kini dijaga oleh sebuah pusat perlindungan haiwan di sini. Ratusan pengunjung yang melawat pusat perlindungan haiwan itu enggan mengambil anak kucing tersebut untuk dipelihara kerana tompokan seperti misai tersebut. Hitler memang terkenal kerana kekejamannya mengetuai pembunuhan kaum Yahudi semasa Perang Dunia Kedua. - Agensi Kredit :www.kosmo.com.my ================================================ Hahhaa....kucing ada misau Hitler...glamer kucing ni jadinya..cuma terfikir..benar ke Hitler ni manusia paling kejam dalam dunia hanya kerana dia membunuh ramai orang-orang yahudi..mmmm..entah ler....

:::Ibu lahir kembar lapan akan bertinju:::

Petikan berita dari Kosmo Online...saje nak kongsi berita ni..menarik jugak untuk dibaca... ___________________________________________________________________ SPRINGFIELD, Massachusetts - Penganjur Persekutuan Tinju Selebriti, Damon Feldman mengumumkan kelmarin bahawa ibu yang melahirkan kembar lapan, Nadya Suleman (gambar) akan menyertai satu pertarungan di sini. Dia mendapat kritikan dan diberi gelaran sebagai Octomom pada tahun 2009 apabila melahirkan kembar lapan di sebuah hospital di California. Wanita itu yang merupakan seorang ibu tunggal yang menganggur memiliki enam lagi anak. Feldman berkata, dia mencari seorang wanita yang mahu mendapatkan cincin dan berlawan dengan ibu terkenal itu. Peserta wanita akan memakai sarung tangan besar dan pelindung kepala semasa bertinju. - AP