Sekitar tahun 1980-an, ibu-bapa sangat senang hati dengan hidup. Walaupun tidak bekerja tinggi dan kaya raya, namun hasil yang diperolehi cukup malah lebih untuk menampung hidup sekeluarga. Bila anak-anak bermain diluar ibu-bapa tidak bimbang kerana mereka tidak perlu bimbang kemana anak-anak pergi, paling jauh pun ke kampung sebelah. Anak-anak sangat memahami ibu-bapa, tidak pula suka meminta-minta dan tidak ada pula sikap saling nak mendahului antara rakan. Pergi sekolah hanya berjalan kaki saja, ada sesetengah yang menaiki basikal. Yang beruntung ada motor, bapa pergi dan ambil. Zaman itu bas sekolah, belum ada, motor pula hanya orang yang berharta lebih sikit dapatlah guna, nak pergi sekolah kena jalan sejauh 20km, redah hutan, hujan, lecak, panas terik dan sebagainya. Budak-budak pergi sekolah pukul 4.30 dah bangun. Tapi orang dulu tetap gembira. Zaman sekarang?, boleh digelar zaman manja. Budak-budak sekarang dah manja. Ibu-bapa sering saja pening kepala, duit cukup dan berharta...